Thursday 7 August 2014

Vitamin C untuk Kulit Yang Sihat Dan Cantik



Aliff seorang remaja lelaki yang telah tamat zaman persekolahan. Seperti remaja kebanyakan, dia juga mempunyai masalah kulit terutama di bahagian muka. Jerawat, bintik hitam dan kulit yang berminyak sedikit sebanyak mengganggu penampilannya dan mengurangkan keyakinan apabila berhadapan dengan orang lain.

Produk pencuci muka lelaki yang mudah di dapati di pasaran sangat membantu beliau untuk mencantikkan kulit beliau secara luaran. Aliff berjaya meningkatkan penampilan beliau dengan produk pencuci muka tersebut.

Apa yang sering beliau fikirkan adalah bagaimana hendak mengekalkan kecantikan kulit dari dalam secara semula jadi…

Kesedaran membuatkan Aliff ingin mencari yang terbaik untuk dirinya.

Mencari Sinar Untuk Kulit Sihat dan Cantik


Melalui pembacaan di internet dan buku, Aliff mendapati antara cara mudah untuk meningkatkan kesihatan kulit adalah dengan pemakanan yang betul dan menambah makanan yang berkhasiat terutama yang mengandungi vitamin C atau vitamin E.


Beliau mula memperbaiki cara pemilihan makanan dengan cara masak yang betul. Jarang makan makanan di luar dan lebih menggemari masakan ibunya dengan sedikit perubahan cara masak.

Aliff mula memilih buah-buahan citrus seperti oren dan sayuran yang kaya dengan vitamin C dan E. Aliff yakin sedikit perubahan yang dilakukan terhadap pemakanan, akan menjadikan dia mampu untuk memperbaiki kulitnya dan mendapat kulit yang sihat dan cantik secara semula jadi dari dalam.

Secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan beliau apabila berhadapan dengan orang lain.

Vitamin C untuk Kulit yang Sihat dan Cantik.


Banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.

Vitamin C juga mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini pada kulit kita.

Di samping itu, vitamin C memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.

Mencari alternatif vitamin C yang lain


Apabila masuk Universiti, Aliff sedikit sibuk sehingga terpaksa meninggalkan beberapa keperluan di dalam pemakanan terutamanya buah-buahan. Di tambah pula dengan wang saku yang terhad, Aliff terpaksa berjimat untuk memastikan keperluan lain yang lebih utama dipenuhi.

Aliff tidak berputus asa untuk mengekalkan kesihatan kulitnya yang dianggap aset utama untuk tampil dengan penuh yakin. Dia terus mencari jalan penyelesaian berdasarkan kemampuan kewangan dan kekangan masa yang ada pada dirinya sekarang.

Apa yang beliau temui adalah Chewable Vita C Plus 100mg daripada Shaklee. Ia sudah cukup untuk membekalkan keperluan harian untuk beliau. Ia mudah dimakan, hanya perlu hisap sahaja seperti memakan gula-gula. Boleh dibawa ke mana sahaja. Harganya juga sangat berpatutan dan mampu beliau miliki.

Satu botol mengandungi 90 biji pada harga RM37.50 tahan sehingga 3 bulan untuk Aliff mengekalkan keperluan vitamin C.

Pelaburan yang cukup berbaloi untuk kulit bagi Aliff yang mempunyai sumber kewangan yang terhad.

Jika dikira kembali Aliff hanya membelanjakan lebih kurang  41sen sahaja sehari untuk mengekalkan kesihatan kulit beliau.

Chewable Vita-C Plus: Pelaburan yang berbaloi


Di samping Aliff juga mendapat manfaat yang lain selain daripada kulit yang cantik.
Beliau sangat berpuas hati dengan pelaburan yang dibuat untuk kulit beliau melalui pengambilan vitamin C.

Vitamin C ini diperkaya dengan Bioflavonoids dan Rose Hips untuk meningkatkan lagi fungsi Vitamin C dan mengelakkan pengoksidaan Vitamin dalam badan.

Chewable Vita-C Plus: Kulit yang Cantik dan Sihat.


Inginkan kebaikan yang berganda.


Selepas beberapa bulan menggunakannya, beliau cuba untuk memastikan beliau mendapat kesihatan yang optimum melalui pengambilan Vitaman C.

Beliau mencuba pula Sustained Release Vita-C Plus daripada Shaklee. Ia merupakan produk yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semula jadi yang menggunakan proprietary dengan sistem penyaluran semula jadi yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam.

Produk ini membekalkan 553mg vitamin C dan 120 mg Citrus Bioflavonoids untuk seseorang itu memperoleh kesihatan optimum yang menyeluruh.

Kesan yang diperoleh


Aliff sangat berpuas hati dengan produk ini kerana beliau mendapat manfaat kesihatan yang pelbagai. Di samping ia memudahkan Aliff untuk mendapatkannya tanpa perlu memikirkan apa yang patut dibeli dan dimakan setiap hari untuk memenuhi keperluan Vitamin C.

Kesan yang Aliff perolehi setelah mengambilnya beberapa bulan, beliau semakin tampil penuh yakin dengan kesihatan yang terbaik.

Aliff bukan hanya mendapat kulit yang cantik dan sihat, vitamin C yang beliau ambil menjadi antioksidan bagi beliau untuk mengekalkan kesihatan jantung, sistem imun, keutuhan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

Berapa yang dilaburkan???


Tahukah anda berapa yang Ariff laburkan setiap hari untuk mendapat kulit yang sihat dan cantik ini???

Aliff hanya membelanjakan 51sen sahaja untuk memdapatkan 553mg vitamin C yang bersamaan dengan 7 biji oren. Pelaburan yang sangat berbaloi untuk kulit Aliff yang sihat dan cantik. Tanpa perlu melakukan pembedahan, suntikan dan lain-lain teknik kecantikan yang memerlukan kos yang besar.

Aliff melabur untuk membeli sebotol Sustained Release vita C Plus dengan harga RM92.50 yang mengandungi 180 biji. Satu botol Vita C ini mampu bertahan sehingga 6 bulan jika Aliff makan sebiji sehari.


Sustained Release Vita-C Plus: Untuk Kesihatan Optimum

Nak jimat lagi.


Kini, Ariff sudah menjadi ahli Shaklee dengan bayaran RM65 untuk seumur hidup. Kelebihan yang Aliff peroleh adalah beliau boleh membeli produk vitamin C dengan harga yang lebih murah dan sangat berbaloi.

Aliff boleh berjimat sehingga 25% apabila menjadi ahli Shaklee.

Selepas menjadi ahli, Aliff bukan sahaja menikmati vitamin C bahkan vitamin-vitamin dan mineral semula jadi yang pelbagai dengan harga yang sangat berbaloi. Bagi beliau, pelaburan untuk kesihatan adalah tidak merugikan.

Apa yang Aliff fikirkan sekarang adalah bagaimana beliau ingin berkongsi kebaikan ini dengan orang lain terutama keluarga dan kawan-kawannya.

Adakah anda juga ingin mendapat kebaikan seperti Aliff???


Perubahan yang sedikit untuk kebaikan yang banyak.


Pilihan yang kita buat setiap hari merupakan peranan yang penting untuk membentuk kesihatan akan datang.

Kesihatan mempengaruhi sebahagian besar kehidupan kita. Sama ada penampilan luaran, perasaan dalaman dan kejayaan seseorang, semuanya bergantung pada kesihatan.

Untuk mereka yang hanya bergantung dengan produk pencuci muka untuk mendapat kulit yang cantik dan sihat, saya syorkan untuk buat sedikit perubahan untuk mencantikkan kulit melalui pemakanan.

Makan makanan yang berkhasiat dan ambillah supplement semula jadi untuk kesan yang terbaik.

Perlu diingat juga apabila anda mengambil supplement semula jadi seperti Chewable Vita C dan Sustained Release Vita C, janganlah mengharapkan perubahan yang mendadak.

Kita telah merosakkan sel-sel kulit kita dengan memakan makanan yang bermacam-macam selama beberapa tahun. Apa salahnya kita menunggu beberapa ketika untuk mendapatkan hasil yang terbaik melalui pemakanan juga.

Saya sudah berubah, anda bagaimana???


=============================

Jika anda ingin melabur untuk kesihatan anda, jangan malu-malu untuk menghubungi saya...

SMS/WHATAPP: 013-3727508

=============================

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


Semula jadi, selamat dan insyaAllah berkesan.


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

=============================

Hafid Sulaiman
Sms/WhatsApp: 013-3727508
Email: hafidsulaiman85@gmail.com
Facebook: hafid sulaiman
Page: Kesihatan Lelaki 4u

Supplement Lelaki 4u

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...