Tuesday, 2 September 2014

Apa Itu Anggur Muscadine (Vitis rotundifolia)


Anggur apabila dikelaskan melalui warnanya, dapat dikategorikan kepada 3 warna utama.

Anggur Hijau, Anggur Merah dan Anggur Hitam atau gelap.

Terdapat lebih 8,000 jenis anggur yang terdapat di dunia.

Semua jenis anggur memberikan manfaat yang sangat banyak dan luar biasa kepada kesihatan manusia.

Bermula daripada kulitnya, isi dan bijinya, semuanya memberikan manfaat kepada manusia. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Entri ini, ingin memperkenalkan salah satu daripada keluarga anggur yang mempunyai kebaikan yang hebat yang dicipta oleh Allah. Iaitu Vitis rotundifolia.

Vitis rotundifolia atau Anggur Muscadine

Anggur muscadine mempunyai saiz yang lebih besar berbanding anggur biasa. Saiz anggur muscadine adalah sebesar bola golf iaitu sekitar lima sentimeter atau seakan-akan sebiji plum.



Anggur Muscadine adalah anggur yang hebat, yang kaya dengan fiber. Fiber diperlukan untuk penghadaman yang baik. Sangat penting untuk melawaskan sistem pembuangan.

Sebagai perbandingan kandungan fiber, satu biji anggur muscadine mengandungi 5x lebih fiber dari  anggur biasa.

Pendek kata 1 anggur muscadine bersamaan dengan 5 biji anggur biasa untuk dapatkan kandungan fiber yang sama.

Anggur muscadine lebih berkhasiat dari anggur biasa dan mengandungi kalori rendah. Bagi mereka yang menjaga pemakanan dan ingin menurunkan berat badan melalui kaedah pengiraan kalori, anggur ini sangat sesuai. Ia juga membuat seseorang itu berasa kenyang.

Anggur Muscadine penuh dengan khasiat antioksidan.

Antioksidan ini boleh melawan radikal-radikal bebas yang ada di sekeliling kita seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit berbahaya seperti sakit jantung, kanser dan Alzheimer (sejenis penyakit lupa/nyanyuk).

Anggur muscadine juga kaya dengan anthocyanins (lavonoids yang memberikan warna merah gelap dan merupakan antioksidan yang hebat serta kuat).

Anggur muscadine juga mengandungi 2x vitamin C berbanding anggur biasa.

Anggur muscadine mengandungi allegic acid dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai di dalam anggur yang lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti-bakteria. (American Institute Of Cancer Research).

Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom. Pada kebiasaannya, buah anggur mempunyai 19 kromosom.

Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis nutrien antipenuaan khas. Malah, kandungan kompaun polifenol dalam buah anggur ini adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah.

Ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat anti oksida yang lebih tinggi.

Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik dan cahaya matahari yang kuat, ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semula jadi dalam cuaca yang ekstrem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resveratrol yang tinggi.
                      
Resveratrol merupakan phytoalexin yang dihasilkan secara semula jadi oleh beberapa jenis tumbuhan apabila diserang patogen seperti bakteria dan fungi.

Resveratrol pada hakikatnya juga telah lama menjadi fokus penyelidikan golongan saintis di serata dunia. Dalam tempoh hampir dua dekad, lebih 2,000 eksperimen berbeza telah mencungkil rahsia dan impak ke atas kesihatan.

Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham , Massachusetts pada tahun 2003, anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji.



Kandungan ORAC ini menentukan tahap antioksidan di dalam sesuatu bahan itu. Antioksidan ini selalu dikaitkan dengan anti-penuaan.

Sekian, Terima Kasih kerana ingin membaca sehingga akhir.


DISUSUN OLEH

hafid sulaiman
013-3727 508
Facebook: Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...