Hujung minggu merupakan hari
rekreasi bagi kebanyakan orang di Bandar. Taman-taman akan dipenuhi dengan
orang ramai yang membawa keluarga sama ada untuk bermain di taman atau untuk
berjoging. Ia merupakan satu aktiviti yang menyihatkan di samping kita dapatkan
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Itu adalah aktiviti hujung minggu. Itulah
suasana yang anda dapat lihat seperti di Tasik Shah Alam.
Aktiviti Hujung Minggu
Bagi mereka yang sibuk
bekerja sepanjang minggu, hujung minggu adalah masa yang ada untuk bersukan.
Dan ramai juga yang mengambil kesempatan untuk merehatkan badan dengan tidur
dan menonton televisyen atau aktiviti yang tidak menyihatkan tubuh badan.
Saya juga seringkali
mengunjungi taman tasik di Shah Alam di hujung minggu. Dan kadang-kadang di
Trek Balapan Kota Raja Klang. Apa yang saya perhatikan kebanyakan mereka yang
berjoging dan bersukan adalah dalam kalangan pelajar sekolah, pelajar universiti
dan golongan warga emas. Satu persoalan di minda di mana perginya golongan
pertengahan yang berumur antara 25-40 tahun.
Ya.. mereka sedang duduk di
kerusi melihat dan mengawasi anak-anak mereka bermain. Tidak ada di fikiran
mereka untuk meregangkan badan atau apa-apa pergerakan yang membantu
mengeluarkan peluh. Sekadar datang untuk memenuhi kehendak anak-anak yang ingin
bermain. Mereka datang untuk melepaskan tekanan mereka.
Sukan Untuk Jadi Juara
Sukan adalah aktiviti
fizikal. Sukan bukanlah khusus untuk menjadi juara. Sukan bukan sahaja berlaku
apabila ada pertandingan. Bukan khusus untuk ahli sukan sahaja. Sukan bukanlah
khusus untuk mengukur kepantasan seseorang, kemampuannya untuk melompat,
kemampuannya untuk mengalahkan orang lain, berapa banyak mata yang diperolehi
atau berapa banyak pingat yang diperolehi..
Sukan untuk semua. Semua
orang perlu bersukan. Sukan bukan menentukan siapa yang menang dan siapa yang
kalah.
Semasa remaja atau zaman
belajar, sukan menjadi kegilaan. Futsal setiap malam, sebab anda mempunyai
banyak skill kemahiran dan sering kali menjadi penjaring gol.
Apabila usia meningkatkan,
kekangan masa, sudah tidak hebat, badan berat, sukan semakin hari semakin
ditinggalkan. Maka akhirnya jadilah sukan itu hanya untuk mereka yang hebat
sahaja.
Maka ramai yang menjauhi
aktiviti yang sihat ini kerana mungkin malas dan takut kalah.
Nak pergi jogging pun, tengok
orang yang berlari laju pun sudah melemahkan semangat kita. Wah, lajunya dia
lari… Kita terkedek-kedek macam kura-kura. Akhirnya meninggalkan aktiviti
tersebut dan hanya menjadi pemerhati.
Mentaliti Bersukan
Oleh kerana amalan bersukan
dilihat menjadi khusus untuk golongan tertentu sahaja, maka ia ditinggalkan.
Akibatnya, ramai yang menghidap penyakit seumpama tekanan darah tinggi dan
kencing manis. Obesiti menjadi sesuatu yang biasa dilihat terutama bagi suami yang
sudah berumar sekitar 30 tahun. Bahagia katakan.
Mentaliti sukan untuk menjadi
juara boleh diubah. Janganlah melihat sukan itu sebagai juara no 1 apabila
mengutip kedudukan tertinggi atau berjaya menumpas lawan.
Tetapi lihat sebagai juara
menyihatkan badan. Mampu berlari lama, mampu melaksanakan aktiviti sehingga
sempurna. Itu erti juara yang dicari.
Tiada makna jika seseorang
itu kuat mental dan spiritualnya tetapi lemah
fizikal.
Seseorang itu pandai, tinggi
IQnya, hebat amalan rohaninya, mampu membangkitkan semangat orang lain untuk
bertindak, namun dia sendiri apabila berlari sudah tercungap-cungap. Padahal umurnya
baru 30 an.
JOM Berubah
Jom bangun dan mulakan
langkah untuk berubah. Jadilah seorang yang kreatif untuk mengeluarkan peluh.
Berjalan perlahan atau sekurang-kurangnya lakukanlah aktiviti mudah diluar
rumah anda. Anda mampu melakukannya.
Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah
Anugerah
saya pun selalu pergi kat taman2 tapi berpeluh jugak sebab kejar anak... so boleh la tu. kira bersenam jugak la kan.
ReplyDeleteSuria Lekatlekitgurl, kira bolehlah.. Sekurang-kurangnya ia merupakan senaman kardio yang mudah. jantung berfungsi dengan baik. Apa sahaja yang mampu anda lakukan untuk keluarkan peluh. Jadilah seorang yang kreatif..
Delete