Setiap
tahun, antara penyakit yang sering melanda diri saya adalah demam dan selesema.
Mungkin 2 atau 3 kali dalam setahun. Bila demam dan selesama, kepala pun mula
sakit dan apa yang paling mudah untuk dilakukan adalah saya baring dan tidur.
Dalam
kepala, hanya memikirkan apa yang boleh melegakan demam dan selesema ini. Dulu-dulu,
untuk kelegaan segera, saya ambil Panadol soluble.
Demam dan Selesema
Demam
adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan
penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya
menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah
36.5°C-37.5°C, jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam.
Demam
juga boleh dimanifestasikan oleh penyakit kronik atau sebarang reaksi
immunologi.
Selesema
pula adalah satu jangkitan pada hidung dan tekak. Biasanya disebabkan oleh
virus.
Kedua-dua
masalah kesihatan ini adalah reaksi kepada kelemahan sistem imun tubuh kita.
Persoalannya, adakah sistem imun tubuh kita cukup kuat untuk melawan penyakit.
Produk Kesihatan Shaklee: Alternatif Untuk Lelaki Seperti Saya
Bila saya
berkenalan dengan Shaklee, saya teruja untuk mencuba satu lagi pilihan untuk
melegakan demam dan selesema. Saya cuba memahami bagaimana sistem pertahanan
tubuh yang lemah menyebabkan diri saya terdedah dengan serangan penyakit.
Demam dan
selesema boleh disebabkan jangkitan virus yang menyerangkan sistem imun tubuh.
Dengan Shaklee, saya cuba memahami bahawa dengan memenuhi keperluan nutrient
harian, sistem imun tubuh akan bertambah kuat.
Makanan
tambahan merupakan pilihan saya bagi melegakan demam, Saya tidak menafikan
keperluan ubat-ubatan seperti Panadol, tetapi apabila saya membetulkan apa yang
sepatutnya dibetulkan, saya rasa saya bertambah kuat dan jika saya demam atau
selesema, saya akan cepat sembuh.
Apa Yang Saya Ambil?
Setiap
hari, antara produk kesihatan Shaklee yang saya ambil adalah Zinc Complex dan Vita
C Plus.
Zinc
Complex ini adalah berasaskan tumbuhan yang diadun bersama dengan barli dan
alfalfa.
Manakala
Vita C Plus pula merupakan sumber vitamin C yang diperkaya dengan Bioflavonoid.
Ia bertindak sebagai antioksidan.
Apabila
saya demam dan selesema, saya akan tingkatkan dos pengambilan Vitamin C kepada
2 atau 3 biji sehari. Atau 1000-1500mg sehari.
Hebatnya
vitamin C Shaklee ini, dengan teknologi sains sekarang, vitamin C ini akan
dilepas jam demi jam selama 5 jam.
Kedua-dua
vitamin ini membantu meningkatkan sistem imun saya. Sistem imun adalah doktor
peribadi saya. Jika tubuh saya ada masalah merekalah yang pertama sekali
merungkai masalah tubuh saya.
Adakah Saya Tidak Akan Demam dan Selesema Sepanjang Tahun???
Oh.. Tidak
sama sekali. Mungkin saya akan demam dan selesema.
Tapi apa
yang saya harapkan adalah tempoh masa saya demam dan selesama akan dapat
dipendekkan. Biasa mungkin 2-3 hari, dengan mengambil supplement ini, mungkin
dapat dikurangkan dalam tempoh sehari. Semuanya dengan izin Allah.
Jangan
lupa, sesuatu yang sangat penting, minum air dengan lebih banyak.
Tambah Satu Lagi
Ini antara
produk kesihatan lelaki yang semua lelaki patut suka. Garlic Complex. Garlic
atau bawang putih seharusnya menjadi kegemaran lelaki. Kalau tak tahu, boleh
buat research pasal khasiat bawang putih.
Jika
demam, anda juga boleh ambil Garlic Complex Shaklee untuk legakan demam dan
selesema anda.
Dan saya
amat sukakannya. Bau?? Tak jadi masalah. Anda telan sahaja, tak perlu kunyah
macam makan bawang putih. Pasti mulut anda tidak berbau..
Jadi,
abang-abang, pak cik-pak cik, lelaki-lelaki
yang nak rasa produk kesihatan Shaklee, boleh hubungi saya. Kalau anda
tinggal di Klang, Shah Alam dan kawasan berhampiran, saya adalah Pengedar
Produk Kesihatan Lelaki di kawasan anda.
Yang lain
kalau nak, saya boleh poskan. No Problem…
Hafid Sulaiman.
No comments:
Post a Comment