Pengalaman lalu mengajar manusia. Manusia boleh berubah
apabila ada musibah yang menimpanya. Kecil atau besar musibah itu membawa
kepada perubahan dalam hidup manusia. Manusia perlu kepada musibah agar dirinya
boleh berubah yang pastinya ke arah yang lebih baik. Barangsiapa yang ingin
diberikan kebaikan oleh Tuhan, maka pasti Tuhan akan menimpakan musibah ke
atasnya.
Banyak
perkara yang berubah disebabkan berlakunya sesuatu yang tidak anda ingini. Anda
susah untuk berubah dan mengubah kehidupan anda. Maka kerana itu, anda
meneruskan kehidupan anda seperti biasa sehinggalah ada sesuatu yang berlaku
yang menyebabkan anda mengubah kehidupan.
Aku Ingin Berubah
Contoh
yang paling mudah adalah kesihatan. Anda gembira dengan kehidupan anda
sekarang. Berasa selesa seolah-olah tiada ancaman. Rasa sihat. Anda merokok,
minum minuman berkarbonat, tak suka makan buah-buahan dan sayuran, gemarkan
makanan segera dan lain-lain tabiat pemakanan yang anda rasa selesa.
Bila
anda nak berubah???
Apabila
tekanan darah tinggi anda naik. Apabila badan sudah tak fit lagi. Apabila
kepala sering sakit dan pening. Apabila ada kencing manis. Dan apabila doktor
mengatakan jika anda tidak mengubah cara pemakanan anda, anda akan MATI.
Anda
akan lebih menghargai kesihatan apabila adanya penyakit sebagai musibah.
Segera
berubah selepas mendapat musibah yang kecil sebelum anda mendapat musibah yang
lebih besar.
Dalam
sisi lain juga, anda dapat lihat, bila anda rasa perkahwinan itu sangat
bermakna…?? Bila suami isteri bergaduh dan cuba menyelamatkan perkahwinan.
Bila
anda gagal dalam peperiksaan, ia musibah, dan anda berubah untuk tidak lagi
gagal dalam pelajaran.
Perniagaan
anda rugi, anda mula berubah untuk merangka strategi yang lebih baik agar lebih
maju.
Bilakah
biasanya anda akan berdoa dengan sebenar-benar doa.?? Apabila anda jatuh
tersungkur di dalam kehidupan. Anda berubah demi mendapat pertolongan dari
Tuhan.
Cari Peluang Untuk Jadi Lebih Baik
Manusia
yang efektif adalah mereka yang tidak melihat sesuatu musibah itu sebagai
masalah besar dalam kehidupan. Tetapi menjadikan ia sebagai titik tolak untuk
berubah.
“Bagaimana
seharusnya saya berfikir dan bertindak? Bagaimana saya perlu berubah untuk jadi
lebih baik???”
Namun
bagi mereka yang sering mengalah dan mengeluh, mereka tidak menghiraukan
tanda-tanda ini dan mereka akan berkata:
“Kenapalah perkara ini berlaku ke atas diriku”.
Manusia
akan terus melakukan apa yang dirasakan betul sehingga ada sesuatu yang memaksa
dirinya untuk berubah.
Manusia
akan mempelajari sesuatu apabila kehidupannya semakin menghimpit. Dia akan
berubah dan berusaha untuk meningkatkan kehidupannya. Dia akan mula membuat
keputusan yang besar dalam kehidupannya selepas tunduk dan sujud kepada
penciptaNya. Sedar akan kelemahannya. Musibah itu membawa dia keluar dari
jurang yang sempit kepada lembah yang subur.
Nabi
Ayyub alasyh sallam ditimpa musibah untuk jadi lebih baik. Nabi Muhammad salla
Allah ‘alayh wa sallam melalui beberapa siri musibah untuk jadi pemimipin
paling hebat dan berpengaruh di dalam kehidupan manusia akhir zaman.
Adakah Dunia Ini Tempat Musibah?
Ya
itulah yang sebenarnya. Bila Tuhan menginginkan kebaikan bagi seseorang, maka
Dia akan memberikan musibah kepadanya. Besar atau kecil bergantung kepada diri
seseorang. Jika anda mengabaikan tanda-tanda kecilnya, musibah yang lebih besar
akan mengambil tempat. Musibah itu untuk manusia berubah.
Hafid Sulaiman
No comments:
Post a Comment