Monday, 8 December 2014

Tips Lelaki Sihat: Jom Ubah Tabiat Ke arah Kehidupan Yang Lebih Sihat



Kesihatan badan banyak bergantung kepada tabiat individu. Seseorang yang seringkali mengabaikan tanggungjawab terhadap tubuh badan, pasti akan menyesal dengan tabiat buruk yang diamalkan. Untuk tips lelaki sihat kali ini, saya ingin berkongsi dengan cara ubah tabiat ke arah kehidupan yang lebih sihat. Berusahalah untuk merubah gaya hidup anda secara perlahan-lahan agar anda dapat menjadikannya tabiat yang akan sentiasa anda lakukan.


Jom Ubah Tabiat Untuk Kehidupan Yang Lebih Sihat


1) Ubah tabiat ke arah gaya hidup yang seimbang.

Seorang lelaki yang sihat bukan sahaja dilihat daripada sudut fizikal semata-mata bahkan spiritual, emosi, intelektual dan hubungan sosial. Kesemuanya perlu diseimbangkan.

Solat merupakan salah satu cara untuk mencari ketenangan di dalam kehidupan. Ia merupakan hubungan manusia dengan Tuhan. Di sini letaknya kunci kebahagiaan di dalam segenap aspek kehidupan termasuk kesihatan.

Jika anda inginkan ketenangan selepas penat bekerja, mencari hiburan bukanlah jawapannya. Carilah Tuhan, dan bercakaplah dengan Tuhanmu.

Tiada makna jika badan sihat namun kehidupan tidak tenang.

2) Ubat tabiat pemakanan ke arah pemakanan yang berkhasiat

Jika anda melangkah ke kedai makan atau restoran, pilihlah makanan yang membantu anda untuk mengekalkan dan memperbaiki kesihatan anda. Jangan ikut nafsu dan selera anda.

Jika anda pergi membeli barangan dapur, pastikan anda membeli sayuran hijau dan buah-buahan yang berkhasiat. Elakkan membeli ‘junk food’. 

Pelajari cara membaca label pada bungkusan makanan.

3) Ubah tabiat ke arah kehidupan yang lebih cergas dan aktif.

Lakukan banyak pergerakan. Berjalan perlahan merupakan aktiviti riadah yang mudah.

Curi masa untuk melakukan regangan di pejabat. Memilih untuk meletakkan kenderaan jauh daripada pejabat atau tempat yang ingin dituju agar dapat berjalan jauh. 

Anda juga boleh memilih menaiki tangga berbanding menggunakan lif atau eskeletor. Jadi seorang yang bijak dan kreatif untuk menjadi aktif.

4) Ubah tabiat untuk tidur lebih awal dan bangun awal

Tidur lewat malam akan mengganggu fungsi tubuh anda. Tubuh anda juga perlu rehat selepas penat bekerja sepanjang hari.

Tidur dan rehat yang cukup memberikan anda kesegaran untuk hari berikutnya. Ia membantu anda untuk bangun awal dan memberikan kesempatan untuk anda  melakukan solat sunat tahajud.


JOM berubah untuk kehidupan yang lebih sihat. Anda mampu melakukannya.

========================
SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE

Dengan slogan: “Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam”, Shaklee benar-benar memastikan apa yang menjadi pegangan mereka itu dilaksanakan.
===================
Jika anda berminat mendapat produk Shaklee yang terbaik, yang dijamin selamat,berkesan dan mesra alam, segera hubungi saya untuk khidmat rundingan dan pembelian.
===================

Hafid Sulaiman
SMS/WhatsApp: 013-3727508

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...