Omega-3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang
penting. Asid lemak adalah sebahagian daripada komposisi yang membentuk dinding
sel-sel dalam tubuh manusia. Salah satu sumber terbaik omega-3 adalah melalui
makanan laut atau lebih tepat lagi minyak ikan. Banyak kajian dan bukti yang
nyata yang membuktikan minyak ikan omega-3 menyokong kesihatan jantung. Kali
ini, jom berkenalan dengan salah satu produk Shaklee yang terbaik bersumberkan
minyak ikan omega-3 iaitu OmegaGuard Shaklee.
Kesihatan Jantung
Penyakit jantung kekal menjadi salah satu daripada punca
utama kematian di dunia. Namun berita baik bagi mereka yang sedar akan masalah
ini, ia boleh dicegah dan dibendung dengan cara yang mudah.
Dengan mengekalkan paras kolesterol yang sihat dalam darah
dengan cara menukar gaya hidup melalui senaman berjadual, pengurusan tekanan
dan diet yang seimbang, seseorang individu mampu mengekalkan kesihatan jantung.
Anda semua mengetahui bahawa jantung adalah organ yang
sangat penting di dalam kehidupan. Tanyakan sahaja kepada mereka yang pernah
terkena serangan jantung mahupun yang telah menjalani pembedahan akibat masalah
jantung. Betapa perit dan pedihnya mereka melalui masa-masa sukar menghadapi
cabaran hidup tersebut.
Apabila anda mendengarnya, pasti anda akan mengambil
tindakan susulan yang bijak melainkan jika anda memilih untuk tidak berubah dan
ingin merasa keperitan menghadapi masalah jantung.
Ubah tabiat pemakanan untuk kesihatan jantung adalah satu langkah awal yang bijak.
Ubah tabiat pemakanan untuk kesihatan jantung adalah satu langkah awal yang bijak.
Minyak Ikan Omega-3
Hasil pemerhatian awal saintis mendapati masyarakat Inuit
atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung amat rendah dan paras kolesterol
lebih rendah berbanding masyarakat biasa di bandar Amerika Syarikat dan Eropah.
Sedangkan diet pemakanan masyarakat Eskimo ini amat tinggi dengan lemak dan
minyak walaupun mereka amat kurang makan sayur-sayuran. Selepas kajian
dijalankan didapati kandungan makanan orang Eskimo ini amat tinggi dengan asid
lemak Omega 3.
Pemerhatian serupa bagi penduduk di Okinawa, Jepun dan penduduk
di Kepulauan Crete, Mediterranean juga mempunyai kadar penyakit jantung lebih
rendah. Hasil kajian juga mendapati penduduk di kedua-dua tempat ini makan ikan
dan makanan laut lain seperti udang, ketam, sotong dengan banyak. Kajian
saintifik pula membuktikan bahawa makanan laut ini amat kaya dengan Omega 3.
(SUMBER)
Apa Yang Shaklee Tawarkan Untuk Menyokong Kesihatan Jantung
Shaklee menawarkan rangkaian produk kesihatan bagi membantu
anda semua meningkatkan taraf kualiti kesihatan dan kehidupan.
Menyedari hakikat bahawa jantung perlu dilindungi, terdapat
beberapa produk Shaklee khusus bagi menyokong kesihatan jantung anda.
Bagaimana Shaklee membantu anda menjaga kesihatan jantung. Berikut beberapa produk yang boleh membantu:
Bagaimana Shaklee membantu anda menjaga kesihatan jantung. Berikut beberapa produk yang boleh membantu:
3) OmegaGuard
OmegaGuard Shaklee: Minyak Ikan Omega-3 Yang Menyokong Kesihatan Jantung.
OmegaGuard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang
berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.
Banyak penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid
lemak omega-3 seperti minyak ikan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung
koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak
omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping
membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.
Trigliserida adalah lemak berbentuk kimia yang terdapat di
dalam tubuh dan makanan. Paras trigliserida yang rendah dan normal terbukti
menyokong kesihatan jantung.
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan
proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan
semulajadi. Melalui kaedah pemprosesan yang digunakan oleh Shaklee, ia dapat
menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat
di dalam kebanyakan jenis ikan.
OmegaGuard Shaklee adalah Minyak Ikan Omega-3 Terbaik yang
mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA,
DHA, ALA dan lain-lain lagi.
EPA menyokong kesihatan jantung dan sendi anda manakala DHA
pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
Harga OmegaGuard Shaklee
OmegaGuard Shaklee merupakan minyak ikan omega-3 yang tulen
yang menjalani proses penghasilan yang terbaik.
Produk OmegaGuard Shaklee ini dijual pada harga RM136 sahaja
untuk 90 biji softgel. Pembelian yang sangat berbaloi untuk kesihatan jantung
anda.
Dengan slogan: “Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam”, Shaklee benar-benar memastikan apa yang menjadi pegangan mereka itu dilaksanakan.
====================
Jika anda memerlukan supplement kesihatan yang dijamin selamat, berkesan dan mesra alam, anda boleh berhubung dengan saya,
====================
Hafid Sulaiman
SMS/WhatsApp: 013-3727 508
No comments:
Post a Comment