Saturday, 6 December 2014

Tips Lelaki Sihat: Cara Mudah Menjaga Kesihatan Jantung Anda

cara mudah menjaga kesihatan jantung


Bercerita pasal serangan jantung, ia pasti menjadi igauan ngeri bagi sesiapa yang pernah merasainya. Tidak kira tua atau muda, serangan jantung boleh menyerang siapa sahaja. Lelaki yang merasa dirinya sihat juga, boleh terkena serangan jantung secara tiba. Dalam tips lelaki sihat ini, saya ingin berkongsi cara mudah menjaga kesihatan jantung anda.


Lelaki Dan Kesihatan Jantung


Lelaki menjalani kehidupan tanpa menyedari mereka berisiko mendapat serangan jantung. Lelaki yang mengalami ereksi zakar yang lemah atau mati pucuk berisiko mendapat serangan jantung. Hasil kajian satu pusat perubatan, 7 daripada 10 orang pesakit yang mengalami sakit jantung telah dikesan mengalami ereksi zakar yang lemah atau mati pucuk 6 bulan lebih awal.

Lelaki sepatutnya lebih risaukan risiko serangan jantung berbanding tidak dapat memuaskan isteri dengan zakar yang keras dan mantap. Jika lelaki menjaga kesihatan jantung, sudah pasti dia mampu melayari bahtera dengan bahagia bersama isterinya.

Jom saya kongsikan tips lelaki sihat yang sangat mudah untuk kesihatan jantung.

Anda tidak perlu melakukan perubahan yang besar di dalam hidup anda. Sedikit demi sedikit, sehingga ia menjadi amalan dan tabiat di dalam kehidupan anda.

Cara Mudah Menjaga Kesihatan Jantung Anda.


Saya kongsikan 7 cara mudah menjaga kesihatan jantung agar risiko terkena serangan jantung dan stroke dapat diminimakan.

1) Makan makanan yang membantu tingkatkan fungsi jantung anda.

Jika anda mempunyai tabiat pemakanan yang tidak seimbang, ubah tabiat pemakanan anda. Pilih makanan yang kaya dengan asid lemak omega, antioksidan, serat, koenzim Q10 dan kandungan kolesterol yang rendah. Pengambilan makanan tambahan atau supplement juga boleh membantu anda.


Credit: www.xango.com


2) Aktifkan diri anda.

Cuba lakukan banyak pergerakan. Bersukan adalah cara mudah. Jika anda sibuk, curi masa untuk berjalan jauh ke pejabat, menggunakan tangga dan pelbagai cara lain yang menunjukkan bahawa anda seorang lelaki yang kreatif.

3) Kawal paras glukosa anda.

Pilih makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Ia membantu anda menstabilkan paras gula dalam darah. Jika anda menghidap kencing manis, pilih makanan yang sesuai untuk anda.

4) Jalani pemeriksaan paras kolesterol.

Tahap kolesterol yang baik membantu jantung anda terus berbakti kepada anda. Jalani pemeriksaan secara berkala untuk memastikan kolesterol anda seimbang.

5) Pastikan tekanan darah anda normal

Tekanan darah tinggi punca utama yang akan menyebabkan masalah jantung dan banyak masalah kesihatan yang lain. Anda boleh melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan atau pun melakukan pemeriksaan sendiri di rumah.

6) Berat badan yang ideal

Pastikan indeks berat badan anda atau BMI yang normal. Jika anda obesiti atau lebih berat badan, berusahalah untuk mengurangkannya.

7) Jangan merokok dan minum minuman beralkohol.

Anda tahu bahaya merokok dan minuman beralkohol. Berusaha untuk menghindarkannya.




Sebagai seorang lelaki, anda perlu berusaha meningkatkan kesihatan dan kecergasan anda.

Jom hidup sihat, hargai kehidupan anda. Kesihatan Adalah Anugerah.



========================
SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE

Dengan slogan: “Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam”, Shaklee benar-benar memastikan apa yang menjadi pegangan mereka itu dilaksanakan.
===================
Jika anda berminat mendapat produk Shaklee yang terbaik, yang dijamin selamat,berkesan dan mesra alam, segera hubungi saya untuk khidmat rundingan dan pembelian.
===================

Hafid Sulaiman
SMS/WhatsApp: 013-3727508

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...