Thursday 20 August 2015

Lelaki Malaysia Menderita Mati Pucuk



Berita Gempak, lelaki perlu diambil perhatian!!! Kira-kira 1.68 juta lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk. Dalam istilah perubatan disebut Erectile Dysfunction atau ED. ED ni adalah masalah ketidakupayaan yang berterusan untuk mengekalkan ereksi atau ketegangan zakar sehingga boleh mencapai prestasi seksual memuaskan ketika bersama isteri.

Laporan Berita Kosmo


Kosmo Melaporkan:


KUALA LUMPUR – Beban kerja yang melampau menjadi antara punca seramai 1.68 juta lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk.

Angka itu mewakili hampir 40 peratus daripada kira-kira 4.5 juta lelaki melebihi umur 40 tahun di negara ini.

Pakar Perunding Sakit Puan Universiti Monash, Prof. Madya Dr. George Lee Eng Geap berkata, beban kerja menyebabkan seseorang lelaki mengalami tekanan sekali gus mengganggu kelancaran darah ke alat kelamin.

“Kelancaran aliran darah ke alat kelamin yang terganggu menyukarkan zakar menjadi tegang dan menyebabkan lelaki tersebut menderita masalah mati pucuk.

“Gaya hidup seperti terlalu banyak makan makanan berlemak dan bergula, menghisap rokok dan minum alkohol juga menjadi penyumbang kepada statistik itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. SUMBER

Halangan Kaum Adam


Menurut presiden Persatuan Farmasi Malaysia Datuk Nancy Ho, kira-kira 1.68 juta lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami Disfungsi Erektil (ED) juga dikenali sebagai masalah tenaga batin


Halangan utama bagi lelaki yang mengalami mati pucuk atau masalah tenaga batin adalah malu atau takut untuk berjumpa pakar perubatan atau pengamal perubatan yang bertauliah untuk tahu tentang masalah ini dan rawatan yang boleh dijalankan.

Ini menyebabkan mereka terus berada di dalam igauan  yang mengerikan.

Seseorang perlu mengetahui kenapa berlaku masalah mati pucuk terhadap dirinya. Dan ini hanya boleh dilakukan dengan perbincangan untuk mengetahui punca masalah sebenar.

Kadang-kadang seseorang itu meyakini dirinya sihat, tiada tekanan darah tinggi, tiada diabetes dan lain-lain masalah kesihatan, tetapi dari sudut psikologi dan emosi, dia mempunyai masalah.

Bebanan kerja membuatkan seseorang stress. Dan inilah yang banyak membelenggu seseorang sehingga kehilangan ereksi zakar.

Jangan Malu Untuk Minta Pendapat


Masalah lemah tenaga batin ini bukan sahaja memberi kesan kepada suami malah kesannya turut dirasai oleh isteri dan memberi kesan negatif dalam hubungan suami isteri

Jangan anggap ia masalah lelaki saja. Bahkan kesannya turut dirasai oleh isteri. Ia  memberi kesan negatif khususnya dalam hubungan suami isteri.

Suami seharusnya tidak malu untuk minta pendapat isteri. Sebagai isteri, anda tidak sepatutnya hanya menunggu dan menyalahkan si suami sahaja. Cari dan ketahui langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi suami.

Masalah ini boleh diselesaikan


Keadaan ini boleh dirawat dengan berkesan.  Yang penting seseorang seharusnya berfikiran positif untuk tingkatkan kesihatan.

Lemah tenaga batin juga antara tanda dan kesan kepada masalah kesihatan seperti kencing manis, tekanan darah tinggi atau penyakit kardiovaskular yang boleh mengancam nyawa.

Jika masalah kesihatan ini dikesan lebih awal dan dirawat dengan cepat dan berkesan, masalah lemah tenaga batin boleh diatasi.

Apapun, nasihat saya apabila anda mengalami masalah tenaga batin:

Pertama: Positifkan diri anda. Yakini bahawa masalah anda dapat diselesaikan. Jangan Stress.

Kedua: Ubah gaya hidup anda. Amalkan pemakanan yang sihat. Pengambilan supplement kesihatan adalah sangat membantu.

Ketiga: Amalkan gaya hidup yang aktif. Kekurangan stamina dan kurang aktif menjadikan tubuh kita lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Amalkan senaman tertentu yang membantu selesaikan masalah anda.

Keempat: Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan yang tidak berdaftar kerana dikhuatiri mengandungi racun berjadual yang boleh mengganggu kesihatan anda. Jangan terpedaya dengan iklan yang mempromosikan produk perangsang seks.

Kelima: Berjumpa dengan doktor, pengamal perubatan yang bertauliah atau mereka yang boleh membantu anda memberikan khidmat nasihat tentang masalah yang dihadapi.

Nasihat bagi mereka yang muda dan masih belum berkahwin, jagalah kesihatan anda.

Anda mungkin menganggap ia sesuatu yang lucu kerana anda tidak menghadapinya tetapi bagi yang berkahwin yang pernah melaluinya, ia adalah pengalaman yang ngeri.

Jom sihat. Nak sihat.. Dengar nasihat.

Hafid Sulaiman
Kesihatan Adalah Anugerah

Anda memerlukan supplement untuk tingkatkan kesihatan anda??



Saya adalah Pengedar Sah Shaklee, produk yang membantu anda meningkatkan kesihatan anda secara menyeluruh. Menerajui pasaran pemakanan tambahan sejak 1956.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...