Ilmu pemakanan atau ilmu
nutrisi, ramai yang tahu akan kepentingannya. Namun tak ramai yang ingin
mengamalkannya. Lihat sahaja, apabila seseorang pergi ke majlis kenduri atau
apa-apa sahaja aktiviti jamuan yang diberikan secara percuma, maka akan
terlihatlah kelahapan seseorang itu. Semuanya hendak dimasukkan ke dalam
pinggan. Rambang mata dibuatnya.
Itulah manusia, apabila berada
di antara persimpangan untuk memilih, kebanyakannya memilih untuk mengikut yang
bersesuaian dengan nafsu makan. Khasiat sesuatu makanan dan ilmu pengetahuan
berkenaannya sudah dibakul sampahkan.
Pentingnya Belajar Ilmu Pemakanan
Ramai antara kita yang tidak
tahu bagaimana mahu mengekalkan kesihatan dengan baik. Termasuk diri saya.
Tetapi seharusnya kita memiliki usaha untuk memperbaiki diri.
Bila penyakit menyerang kita,
sebahagian kita mengharapkan 100% daripada pegawai perubatan untuk membantu
menyelesaikan masalah kita. Diberi ubat dan kita makan. Kalau baik, Alhamdulillah,
jika tidak, kita akan berpindah kepada alternatif yang lain.
Penyembuhan Semula Jadi
Tahukah kita, bahawa
penyembuhan yang terbaik adalah datangnya dari ‘dalam’ tubuh kita sendiri.
Alam semula jadi adalah
penyumbang kepada sistem imun yang sangat hebat. Apa yang harus kita lakukan
adalah memelihara kuasa dalaman ini. Sistem imun inilah yang merupakan ‘doktor’
peribadi kita
Disebabkan kekurangan ilmu
pengetahuan tentang pemakanan dan alam semula jadi, tubuh kita gagal berfungsi
dengan baik dan sempurna sehingga terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.
Kita perlu tahu bahawa tubuh
merupakan sesuatu yang kompleks dan mempunyai keupayaan mengubati penyakit.
Tetapi disebabkan kita ini
sering berlaku zalim terhadap diri kita, tubuh kita tak mampu untuk mengubati
diri kita sendiri.
Tambahkan Ilmu
Kita perlu sedar bahawa dengan
bantuan nutrient tertentu yang kita ambil daripada makanan dan pemakanan yang
seimbang membuka peluang untuk kita hidup lebih sihat tanpa penyakit.
Sekarang sangat mudah untuk
kita memperolehi maklumat tentang nutrisi pemakanan. Bagaimana pengambilan
makana yang baik. Ilmu tentang vitamin dan mineral serta pelbagai lagi ilmu
yang membantu kita.
Dengan ilmu tersebut,
sebahagian kita mengambil supplement tertentu yang sangat membantu kita untuk
mendapatkan nutrient-nutrient penting untuk tubuh.
Saya yakin dengan mengetahui
tentang ilmu pemakanan dan nutrisi secara menyeluruh, kita mampu untuk mengubah
hidup kita kepada yang lebih baik, ceria dan harmoni.
Hafid Sulaiman
Kesihatan Adalah Anugerah
No comments:
Post a Comment