Sebahagian negara di dunia
menjadikan amalan berbasikal sebagai rutin harian. Bahkan sebahagian mereka ke
tempat kerja dengan berbasikal. Ia merupakan amalan yang sihat di samping
mewujudkan persekitaran yang lebih sihat. Bayangkan keseronokan kita ketika
kecil menunggang basikal. Alangkah seronoknya jika dapat diteruskan sehingga
sekarang.
Satu kajian ke atas 30,640 orang
yang dijalankan di Copenhagen, Denmark selama 15 tahun, menunjukkan bahawa
mereka yang tidak berbasikal, 39 peratus berkemungkinan meninggal dunia lebih
cepat.
Kajian juga menunjukkan bahawa
berbasikal selama 3 jam seminggu dapat menurunkan kadar penyakit sebanyak 40
peratus. Ia juga dapat menurunkan kadar sakit jantung sebanyak 76 peratus dan
dapat menurunkan risiko diabetes sebanyak 42 peratus.
8 Sebab Untuk Berbasikal
1) Merendahkan risiko penyakit
Sudah pasti badan yang sihat
membantu mengurangkan risiko penyakit. Berbasikal membantu aliran darah yang
baik terutamanya kepada jantung. Selain itu, ia juga meningkatkan dan
memperbaiki fungsi paru-paru. Berbasikal secara kerap mengurangkan sebanyak 50
peratus risiko menghidap penyakit kardiovaskular seperti stroke, penyakit yang
keempat paling banyak membunuh di Malaysia
2) Kecergasan Fizikal Dan Mental
Fizikal yang cergas membantu
kesihatan mental dan berbasikal boleh mempertingkatkan sel-sel otak untuk
berhubung.
3) Mudah dan menyeronokkan
Aktiviti berbasikal amat
menyeronokkan. Apa pun tujuan kita sama ada untuk pengangkutan, aktiviti sukan
mahupun pertandingan, ia menjadikan kita seronok dan kurang stress. Ia
merupakan senaman yang mudah dan ringkas. Ia bukanlah aktiviti senaman yang
tertumpu pada kaki sahaja, bahkan ia adalah senaman kardio.
NAK KAYUHAN YANG LEBIH BERTENAGA?? DAPATKAN PERFORMANCE DRINK <<<KLIK SINI>>>
4) Menyihatkan sendi
Jika nak dibandingkan dengan
berjogging dan berlari, daya hentakan ketika berbasikal adalah kurang. Ia
membantu kesihatan sendi terutamanya bahagian lutut kerana daya itu telah
berpindah ke roda.
5) Membantu menurunkan kadar kolesterol
Ia membantu meningkatkan kadar
kolesterol baik HDL seterusnya dapat mengurangkan masalah penyempitan salur
darah. Berbasikal membantu kita untuk membakar kalori dengan berkesan.
6) Tingkatkan kekuatan otot
Berbasikal secara tidak langsung
dapat meningkatkan kekuatan otot dan fleksibiliti. Antara bahagian otot yang
terlibat adalah pinggul, betis dan peha.
7) Cahaya Matahari
Berbasikal di luar rumah terutama
waktu pagi membantu kita mendapatkan vitamin D yang membantu dalam mencegah
osteoporosis.
8) Memperbaiki Mood
Berbasikal membantu mengeluarkan hormone
endhorphin yang memberikan kesan positif dan membantu keseimbangan hormone. Ia
juga membantu kita untuk merehatkan dengan minda dengan mengambil udara segar
serta menghilangkan stress. Selain itu, ia juga membantu mendapat kualiti tidur
yang cukup.
Moga Bermanfaat. Jom Berbasikal.
Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah
<<<<>>>>
Anda mahukan minuman tenaga untuk anda berbasikal
Saya pilih Performance. Ia lebih menyihatkan.
Whatsapp 013-3727.508
No comments:
Post a Comment