Pusat Inovasi Forrest C. Shaklee telah
dibuka secara rasmi pada 20 April 2015. Dengan keluasan 16,000 kaki persegi,
pusat yang indah ini akan terus membangunkan produk-produk inovatif untuk anda
dan menjalankan tanggungjawab kita dalam menjadikan dunia ini tempat yang lebih
baik dan lebih sihat.
Pusat Inovasi dilengkapi dengan peralatan
saintifik paling maju untuk memastikan produk Shaklee memenuhi piawaian
tertinggi dalam ketulenan dan keselamatan produk. Semua rangkaian produk
Shaklee akan dibangunkan serta diuji di Pusat Inovasi oleh pasukan R&D, termasuk
penyelidikan pemakanan, pembangunan bahan, pembangunan produk/proses, jaminan
kualiti, dan kawalan kualiti. Dengan kemudahan baru ini, Shaklee kini mempunyai
lebih daripada 50 ahli sains yang berpangkalan di bandar Pleasanton, California
berhampiran Ibu Pejabat Sedunia Shaklee.
Inovasi Shaklee akan memberikan lebih
banyak pilihan lagi di pasaran untuk 100 tahun akan datang. Shaklee akan terus
menilai cara-cara untuk menyediakan produk yang inovatif dan saintifik – produk
yang membantu penuaan secara sihat dan meningkatkan kualiti hidup, di samping
menyediakan pengguna dengan pelbagai pilihan vitamin dan makanan tambahan yang boleh
disesuaikan dengan keperluan individu.
TAHUKAH ANDA???
Pada
tahun 2000, Shaklee telah dianugerahkan pensijilan Climate Neutral hasil usaha
intensifnya dalam mengimbangi pelepasan gas rumah hijaunya. Dari tahun 2000
hingga 2012, Shaklee telah berjaya mengurangkan paras GHG yang dikeluarkannya.
Sesetengah pengurangan tersebut diperoleh melalui kaedah penggabungan rantaian
pengedaran kami dan memaksimumkan kecekapan pengedaran, selain pelaksanaan
pelbagai usaha bagi menjimatkan penggunaan air, gas dan elektrik di
prasarana-prasarana kawalan syarikat.
Hafid Sulaiman
<<<<>>>>
Berminat mendapatkan produk Shaklee??
Hubungi Saya, Pengedar Sah Shaklee
013.3727.508
No comments:
Post a Comment