Sunday 20 September 2015

Hujung Minggu: Larian SJ 10KM MPSJ 2015



Larian SJ 10KM MPSJ 2015


Alhamdulillah hari ini berjaya menamatkan larian sejauh 3 KM di dalam  Larian SJ 10KM MPSJ 2015.  Event ni dibuat setiap tahun, dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya. Dan tahun ni salah satu penaja adalah Shaklee Malaysia.


Lari 3 KM Jer.


Hasrat di hati nak masuk kategori A, Man Open sejauh 10 KM. Tapi disebabkan bawa si kakak yang comel ni, terpaksa memilih untuk berlari untuk kategori Family Run sejauh 3 KM.. Walaupun 3 KM sahaja tetapi cabarannya adalah terpaksa mendukung puteri kesayangan saya seorang ni dari awal sampailah ke garisan penamat. Mahu patah pinggang ni.

Tapi takpe, OSTEMATRIX SHAKLEE kan ada. Bantu memastikan kita mendapat khasiat kalsium dan mineral lain untuk tulang yang kuat.

Anda nak juga Ostematrix.. Hubungi saya.


Shaklee Menaja Cenderahati untuk setiap peserta


Setiap peserta yang berjaya menghabiskan larian ke garisan penamat akan mendapat medal daripada penganjur.



Kemudian, peserta boleh ambil goody bag yang antara isinya adalah sijil penyertaan, air minuman, bendera dan B Complex Shaklee.

Selain itu, peserta terlebih dahulu telah mengambil Kit Larian daripada penganjur sebelum larian bermula. Antara yang peserta peroleh adalah;

- T Shirt Larian berwarna oren
- No peserta
- Vita E Complex Shaklee
- Gla Complex Shaklee




Shaklee menaja cenderahati untuk peserta dengan menyumbangkan 3 supplement kesihatan yang terbaik untuk kesihatan. Tahu berapa jumlah keseluruhannya?

Jumlahnya RM1.25 Juta.. Huh.. banyak tu Shaklee taja.



Sangat beruntung bagi mereka yang menyertai larian pada hari ini. Lebih kurang RM300 nilai bagi 3 supplement ni untuk setiap peserta.

Lepas ni, kalau tahu Shaklee ada menaja mana-mana event larian, baik kita sertai. Untung-untung boleh dapat supplement free macam hari ini.

Lepas larian, boleh minum 100 Plus yang juga menjadi penaja dan makan buah-buahan yang berkhasiat seperti pisang, oren dan epal. Bagus untuk mengembalikan tenaga.



Coretan Hujung Minggu..

Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...