Sebahagian orang merungut letih sepanjang masa, lekas marah,
gementar, tertekan, selera makan berkurang, insomnia, sembelit, rambut tidak
subur, masalah kulit dan rasa lemah. Tahukah anda bahawa dengan pengambilan makanan yang
memenuhi keperluan B Kompleks, anda boleh menceriakan hidup anda kembali dan tidak merungut lagi.
B Kompleks
Terdapat lapan ahli di dalam B Kompleks yang telah
dikenalpasti. Untuk memastikan tubuh kita dapat berfungsi dengan baik, kesemua
ahli di dalam keluarga ini perlu kita ambil melalui makanan harian kita.
Semua ahli kumpulan vitamin B adalah larut air dan mudah
hilang daripada makanan dan badan.
Ketegangan fizikal atau psikologi yang berpanjangan
mempercepatkan kadar metabolism dan menghabiskan vitamin B daripada badan kita.
Oleh itu, ia sangat penting untuk ditambah setiap hari agar
kehidupan kita sentiasa ceria.
Untuk mendapatkan kesemua vitamin B Kompleks ini, seseorang
perlu makan pelbagai jenis makanan: bijirin asli, sayuran berwarna hijau tua,
produk-produk haiwan. Dan setiap satunya perlu diambil setiap hari.
Persoalannya adakah kita berjaya mengambil makanan yang
memenuhi keperluan vitamin B Kompleks.
Gula Menghapuskan Semua B Kompleks
Tabiat pemakanan terutamanya pengambilan makanan segera dan
yang mempunyai kandungan gula yang tinggi menyebabkan masalah yang besar kepada
kesihatan.
Gula menghapuskan semua ahli di dalam B Kompleks.
Bagaimana??
B Kompleks tidak memberikan kita tenaga. Tetapi ia
diperlukan untuk melepaskan tenaga daripada darah kita.
Untuk mendapat tenaga daripada gula, badan perlu melalui kitaran biokimia pengeluaran
tenaga. Ia merupakan proses Sembilan peringkat. Pada setiap peringkat, tenaga
akan dilepaskan daripada gula sambil ia dicernakan.
Di sinilah B Kompleks berperanan. Pada setiap satu daripada
reaksi ini, satu atau lebih ahli B Kompleks akan terlibat di dalam pelepasan
tenaga.
Jika kita tidak mempunyai ahli B Kompleks yang diperlukan,
maka kita tidak akan mendapat pelepasan tenaga yang memuaskan.
Bagi mereka yang menghidap kencing manis atau diabetes,
peranan B Kompleks sangat penting bagi membantu metabolism gula dan pembebasan
tenaga.
Atasi Rungutan Dan Ceriakan Hidup Anda
Inilah sebabnya mengapa banyak sangat rungutan orang ramai,
yang mana mereka mengambil makanan tetapi masih lagi tidak bertenaga malah
semakin lemah. Mereka yang mengalami rendah B Komples sering keletihan dan
mempunyai paras tenaga yang rendah.
B kompleks sangat
penting untuk golongan muda kerana mereka sedang berkembang dan diet harian
mereka sering menjadi bencana kepada mereka.
Namun bagi mereka yang semakin berusia, ia menjadi sesuatu
yang wajib. Apabila anda sudah tua, B Kompleks tidak lagi diserap dengan lebih
cekap berbanding usia muda.
Justeru, mereka memerlukan kumpulan vitamin B Kompleks
dengan konsentrasi yang lebih tinggi untuk penyerapan yang lebih baik.
B Kompleks terlalu penting untuk kesihatan kita
keseluruhannya dan kita tidak harus menanggung risiko kekurangannya walaupun
sedikit.
Maka pengambilan nutrisi tambahan B Complex wajib
dipertimbangkan.
Nak Sihat… Dengarlah Nasihat.
Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah
ANDA PERLU BACA INI JUGA>> Kombinasi Semua Vitamin B Untuk Lelaki Hebat
oh begitu, baru tau saya, tapi tak hanya b complex, berbagai multi vitamin lainnya juga penting apa lagi bagi anda yang beraktifitas padat.
ReplyDeleteYa tepat sekali.. Bukan hanya multi vitamin, tetapi mineral-mineral lain, protein, karbohidrat, lipid dan serat penting untuk semua orang.
Delete