Magnesium merupakan makromineral yang penting untuk tubuh.
Sebahagian kita tidak mengetahui kepentingannya sedangkan ia sama penting
dengan kepentingan kalsium. Kalsium dan magnesium umpama sahabat karib yang
tidak dapat dipisahkan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan
kalsium sahaja tanpa magnesium boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.
BACA JUGA: Kalsium Untuk Tubuh Yang Sihat
Kepentingan Magnesium Untuk Tubuh
Sebanyak 20mg sehingga 28mg
magnesium terdapat pada seorang dewasa. Daripada jumlah itu sebahagian besarnya
wujud pada tulang dan selebihnya pada otot, tisu lembut dan bendalir tubuh.
Bagi seorang dewasa, mereka
memerlukan lebih kurang 300mg magnesium setiap hari untuk mengekalkan kesihatan
pada tahap terbaik.
Sayur hijau seperti bayam membekalkan magnesium kerana pusat
molekul klorofil mengandungi magnesium. Kekacang, biji-bijian dan sesetengah
bijian sempurna, adalah sumber magnesium yang baik.
Walaupun magnesium terdapat pada kebanyakan makanan, ia
biasanya wujud dalam jumlah yang sedikit. Seperti kebanyakan nutrien, keperluan
seharian magnesium tidak dapat dicapai melalui hanya satu jenis makanan. Kita
perlu makan pelbagai jenis makanan daripada buah-buahan dan sayuran serta
bijirin.
Sumber: supplementry.com |
Fungsi Magnesium
Setiap organ dalam tubuh manusia terutama jantung, otot dan
buah pinggang memerlukan mineral magnesium. Magnesium adalah kompenan minor di
dalam tulang dan juga terdapat di dalam sel-sel tisu lembut.
Fungsi magnesium adalah sebagai pengaktif bagi pelbagai
jenis enzim, mengekalkan fungsi normal otot dan sistem saraf serta pertumbuhan
tulang.
Magnesium juga berperanan menjana enzim yang diperlukan bagi
mengeluarkan tenaga dalam tubuh daripada makanan yang dimakan.
Ia juga penting dalam menggiatkan aktiviti 300
jenis enzim dan memainkan peranan dalam penjanaan tenaga (pembinaan adenonosin
triphosphate).
Pengambilan supplement magnesium (dalam bentuk sebatian
tertentu) berupaya membantu otot jantung berehat dan mengembangkan arteri
(mengurangkan tekanan darah).
Magnesium berupaya mengawal paras gula darah bagi mereka
yang mengalami diabetes jenis 2 (type 2 diabetes).
Magnesium juga merupakan mineral anti stress yang sangat
berguna untuk membantu mengurangkan tekanan dan menstabilkan emosi. Ini kerana ia
terlibat di dalam menghasilkan ‘brain chemicals’ yang menjadikan seseorang itu
rasa aman dan membantu mendapat tidur yang lena.
Kekurangan Magnesium
Kekurangan magnesium jarang berlaku kerana kebanyakan sayur,
bijirin, tepung dan kacang mengandungi magnesium.
Kekurangannya secara serius menyebabkan berlakunya loya,
lemah-lemah otot, kekejangan, kegagalan pertumbuhan dan masalah jantung.
Faktor Yang Kurangkan Paras Magnesium
Terdapat pelbagai faktor yang mengurangkan paras magnesium
dalam tubuh seperti antara lain makan berlebihan, tubuh bertoksin, makan
ubat-ubatan moden secara berpanjangan, stres emosi kronik, mengambil makanan
terproses, mengambil makanan tinggi gula, menghisap rokok, minum arak,
mengalami diabetes dan penyakit kronik.
Bahaya Kalsium Tanpa Magnesium
Pengambilan kalsium semata-mata tanpa magnesium terutamanya
mereka yang mengambil supplement atau makanan tambahan dikatakan akan
menyebabkan kalsium terkumpul di bahagian tertentu tubuh, bukan dalam tulang.
Situasi ini juga meningkatkan risiko batu karang, artritis,
penyakit jantung koronari dan stroke.
Penghidap penyakit jantung dan diabetes jenis dua yang
mengambilnya pula dipercayai akan menyebabkan keadaan mereka tidak berubah atau
semakin parah.
Tips Berguna
Jika anda ingin membeli produk makanan atau supplement yang
membekalkan kalsium sebagai subjek utama, pastikan ia juga mengandungi mineral
magnesium bagi mengimbangi kalsium.
Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah
NAK SUPPLEMENT
KALSIUM YANG TERBAIK??
Pastikan anda memilih
OSTEMATRIX
No comments:
Post a Comment