Ada ketikanya, kita bertenaga
ketika bersukan. Tetapi ada kalanya begitu berat untuk bersukan dan aktiviti
yang dilakukan kurang menyeronokkan seolah-olah terpaksa. Pancit di tengah
jalan. Kenal pasti beberapa sebab anda kurang bertenaga ketika bersukan.
6 Sebab Anda Kurang Bertenaga Ketika Bersukan
1. Dehidrasi (Kekurangan air)
Untuk menjamin daya tahan anda,
dehidrasi perlu seimbang. Otot manusia dipenuhi 70 peratus air. Apabila tidak
mendapat bekalan air yang cukup, otot akan mengalami kesusutan dan lemah dengan
sendirinya.
Akibatnya, anda kurang bertenaga
ketika bersukan. Pengambilan kafein boleh memburukkan lagi keadaan.
Pastikan anda membawa bekalan air
yang cukup agar anda terhidrasi semasa bersukan. Nak lagi hebat, boleh ambil
Performance Drink. Terbukti berkesan.
2. Terlebih latihan.
Bersukan adalah suatu aktiviti yang
sihat. Namun jika kita melakukannya secara berlebihan dan tanpa jadual yang
teratur, ia boleh mendatangkan kecederaan kepada tubuh. Khususnya yang
melibatkan latihan kardio. Jantung anda juga perlu dijaga agar kekal sihat.
Anda perlu merancang jadual anda.
Pastikan ada hari-hari tertentu untuk anda berehat.
3. Tidur Tak Cukup
Badan yang tak cukup tidur akan
menjadi lemah. Pembaikpulihan tubuh biasanya berlaku ketika sedang tidur.
Amalkan jadual tidur yang teratur.
4. Diet Yang Tidak Seimbang
Amalkan diet yang mempunyai
karbohidrat, protein dan lemak yang seimbang. Pengambilan karbohidrat penting
yang mana akan ditukar kepada glukosa dan disimpan di dalam otot sebagai
glikogen. Ketika bersukan, tubuh akan menukarkan glikogen kepada tenaga.
Pengambilan protein juga sangat membantu. Boleh ambil Protein ESP sebagai pelengkap anda.
BACA JUGA: ESP: Protein Untuk Tenaga Sepanjang Hari
5. Stress dan Tekanan
Stress meningkatkan paras hormone kortisol.
Ia secara tidak langsung melemahkan semangat dan tenaga serta menjadikan
aktiviti yang hendak dilakukan terasa sukar.
Ketahuilah bahawa jika dibuat
dengan betul, senaman boleh meredakan tekanan.
6. Kekurangan Nutrien.
Setiap bahagian tubuh memerlukan nutrient
tertentu untuk ia berfungsi dengan baik. Pastikan kita mengambil sayuran dan
buah-buahan tertentu untuk tenaga yang hebat. Kekurangan nutrient tertentu juga
menggangu dari sudut psikologi. Pengambilan supplement kesihatan adalah
digalakkan.
Semoga bermanfaat
Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah
Saya biasanya tidur x cukup sejak jadi pelajar kolej
ReplyDeletePastikan kita dapat tidur dan rehat yang cukup dan berkualiti. Sunnatullah jangan dilanggar.
ReplyDelete