|Kerisauan Lelaki | Ada banyak benda yang menggelisahkan dan
merisaukan lelaki. Antaranya tentang kelakiannya. Lelaki risau zakar tak
tegang. Lelaki risau bila tak boleh bersama dengan isteri. Lelaki risau bila
isteri tak puas. Lelaki risau bila isteri tak senyum selepas bersama.
Tapi ada tak lelaki yang risau dan
gelisah bila aliran darah dalam tubuh dia tidak lancar?? Ada tak lelaki risau
bila dia rasa paras kolesterol LDL lebih tinggi daripada HDL?? Rasa kebas-kebas
kaki.. Rasa kejang..
Ada, tapi mungkin tak ramai. Betul atau
tidak, anda yang risau pasti tahu jawapannya.
Sedangkan itulah antara punca utama kenapa
kerisauan dan kegelisahan melanda lelaki yang tidak dapat memuaskan isterinya.
Apa yang sepatutnya dirisaukan??
Anda ada masalah kolesterol dan tekanan darah.
Sebab Apa?
Sebab makan macam-macam selagi boleh
sumbat dalam perut. Nafsu diutamakan, pengetahuan diketepikan.
Kemudian, kolesterol anda mula naik
mendadak... darah tinggi pun sama.. tapi anda tak perasan pun semua itu...
Mereka ni semua adalah ‘silent killer’. Diam-diam sahaja..
BACA: Tekanan Darah Tinggi: Pembunuh Senyap Yang Boleh Dikawal
BACA: Tekanan Darah Tinggi: Pembunuh Senyap Yang Boleh Dikawal
Bila tiba masanya
dia menembak.. macam-macam benda yang anda kena hadapi. Masa tu, anda dah tak
sempat nak membina kubu pertahanan. Apa yang ada, itulah harapan anda.
Yang anda perasaan...
"Eh.. kenapa zakar aku tak tegang
waktu bangun tidur… Stress kut??"
"Eh.. kenapa tak boleh tegang ni
sayang... penat kut... Esok jela???"
Itulah kerisauan lelaki. Gelisah mencari
penyelesaian.
Apa yang terjadi kepada kita,
sebahagiannya adalah disebabkan apa yang kita makan. Makan makanan yang
bergoreng.. Berminyak.. Junk Food. Kurang makan sayur dan buah-buahan. Kurang
protein, kurang lemak yang sihat, dan lain-lain. Pendak kata, anda mengambil
makanan yang tak seimbang.
Jangan Gopoh Selesaikan Masalah Anda
Masalah utama tak diselesaikan... Tapi
masalah tak tegang nak diselesaikan dulu..
Cari ubat sapu... cari kopi kuat... cari
Sildenafil dan Tadalafil...
Pastu, nak rasa hebat depan isteri jer...
Bila waktu lain...kioook..
Bila dah melarat.. pi jumpa doktor..
doktor kata itu ini... kena beli ubat itu ini...
Apa Yang Kami Seru
Kami mengajak anda semua untuk kembali
kepada alam semula jadi... Kembali kepada apa yang sepatutnya manusia ambil
untuk sihat. Hidup harmoni dengan alam. Pasti keseimbangan itu ada.
Justeru, jangan bahayakan diri anda
dengan mengambil risiko membiarkan punca masalah anda tidak diselesaikan.
Amalkan pemakanan yang sihat. Hindarilah
masalah yang menjadi kerisauan lelaki.
Jangan terlampau sombong untuk tidak mahu
belajar tentang pemakanan yang sihat.
Saya nak hidup sihat dan saya yakin anda
juga mahu hidup sihat. Bukan hanya untuk isteri anda, bahkan untuk semua orang
yang anda sayang. Orang-orang di sekeliling anda juga mahu melihat anda sihat.
Banyak yang ingin saya kongsikan dengan
anda tentang kehidupan yang sihat. Sebahagiannya saya dah kongsi. Dan saya akan
terus menulis untuk manfaat diri saya dan anda semua.
BACA: Tingkatkan Aliran Darah Ke Zakar
BACA: Tingkatkan Aliran Darah Ke Zakar
Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah
Kedai Supplement Lelaki
SAYA ADALAH PENGEDAR PRODUK NUTRISI SHAKLEE
No comments:
Post a Comment