Anda
biasa membeli ubat atau supplement tertentu di farmasi atau secara online dan
offline melalui orang lain. Adakah anda tahu bahawa setiap ubat-ubatan atau
supplement tersebut mempunyai nombor pendaftaran?
Kenali Ubat Anda
Semua
produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional
perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan
di Malaysia. Penilaian terhadap produk perlu dijalankan untuk memastikan
keselamatannya kepada orang awam. Setiap produk yang berdaftar dengan PBKD
adalah selamat untuk diambil oleh orang awam.
Produk
yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL11080026TC)
dan label Hologram Meditag. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai
kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.
Semak Produk Kesihatan Berdaftar
Produk
yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama, iaitu nombor
pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen. Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan
dengan 'MAL', diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf. Untuk
menyemak senarai produk yang berdaftar dengan PBKD, layari laman web rasmi Biro
Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my. Klik pada 'Registered
Product Search' (Quest 2 & Quest 3) dan masukkan butir-butir produk untuk
memulakan carian.
Pengguna
juga boleh membuat semakan pendaftaran produk kesihatan dan kosmetik melalui
aplikasi "Myhealth" dari telefon pintar (smartphone) anda, tak kira
masa dan dimana jua. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi
"Myhealth" dari Google playstore (Android) dan Apps store (Apple) ke
dalam telefon pintar anda.
Nombor
pendaftaran produk biasanya akan dilabelkan diluar botol atau kotak produk bagi
membantu pengguna mengetahui sama ada produk itu berdaftar atau tidak.
Kategori Pendaftaran Produk
Nombor
pendaftaran juga membantu pengguna untuk mengetahui apakah kategori sesuatu
produk sama ada:
Ubat TerkawalUbat Bukan RacunUbat TradisionalSuplemen Kesihatan
Semua
ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau
pembungkusannya. No. pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8
digit nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori
pendaftaran produk tersebut iaitu :
Kategori
pendaftaran produk:
A – Ubat mengandungi racun terkawalX – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTCT – Ubat tradisionalN – Suplemen kesihatan
Manakala
bagi produk kosmetik pula seperti gincu, gel tahan lama dan lain-lain, no
pendaftarannya bermula dengan NOTxxxxxxxxxK (diakhiri dengan huruf K).
Lampiran
berikut membantu anda untuk mengenal pasti kategori pendaftaran produk.
Moga
Bermanfaat
BACA JUGA:
Hafid
Sulaiman
FB
Page: Kesihatan Adalah Anugerah
No comments:
Post a Comment