Tekanan darah tinggi
adalah ‘pembunuh senyap’ yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian
jika tidak dirawat. Komplikasi-komplikasi tekanan darah tinggi akan menyebabkan
tekanan ke atas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang
dan mengakibatkan kerosakan. Bagi lelaki, tekanan darah tinggi juga memberikan
kesan kepada ereksi zakar atau boleh menyebabkan mati pucuk. Jenis kerosakan
bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
Baca Juga: Tekanan Darah Tinggi Punca Ereksi Zakar Lemah Atau Mati Pucuk
Baca Juga: Tekanan Darah Tinggi Punca Ereksi Zakar Lemah Atau Mati Pucuk
Tekanan Darah Tinggi boleh
dikawal dengan cara kita mengubah cara hidup kita.
- Pemakanan yang seimbang dan sihat
- Kurangkan pengambilan garam (sodium).
- Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal. Bersenam.
- Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
- Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
- Hindari stress. Luangkan masa untuk berehat
Panduan Nutrisi: Tekanan Darah Tinggi
Saya kongsikan di sini
beberapa jenis nutrient penting yang membantu anda mengawal tekanan darah
tinggi.
Vitamin
- B Kompleks – Merendah tahap tekanan darah. Penting untuk metabolism gula dan pembebasan tenaga. Mengurangkan stress
- Vitamin C – Menurunkan LDL dan meninggikan HDL. Mengukuhkan kapilari dan salur darah, Sebagai antioksidan
- Vitamin D – membantu penyerapan kalsium
- Vitamin E – Membantu mencairkan darah. Sebagai antioksidan.
Mineral
- Kalsium – Menstabilkan tekanan darah
- Magnesium – Mengembangkan salur darah dan mengurangkan tekanan.
- Potassium – Membantu mengeluarkan lebihan sodium (garam)
- Selenium – Membantu meningkatkan penyerapan vitamin E.
Lain-lain
- Omega 3 – Minyak ikan membantu mencairkan darah.
- Omega 6 – Mengurangkan LDL
- Co Enzyme Q10 – Membantu menguatkan jantung
- Bioflavonoid – Meningkatkan keberkesanan Vitamin C.
- Bawang Putih – Membantu menurunkan kolesterol dan tekanan darah tinggi serta melancarkan perjalanan darah.
Pilihan Makanan
- Salmon dan lain-lain jenis ikan laut dalam – kaya dengan omega-3 yang mengandungi asid lemak (fatty acid). Cara masak juga memainkan peranan penting agar dapat mengambil khasiat omega 3 secara optimum. Supplement minyak ikan seperti OmegaGuard adalah membantu.
- Buah-buahan dan sayuran segar. Pastikan cara masak yang bersesuaian.
- Oat dan bijirin.
- Bawang putih
- Halia
- Celery
- Susu Rendah Lemak
Pengambilan supplement
sebagai pelengkap adalah amat digalakkan.
Hafid Sulaiman
FB Page: KesihatanAdalah Anugerah
Saya Adalah Pengedar Produk Shaklee
Whatsapp 013-3727.508
No comments:
Post a Comment