Setiap
manusia sedar bahawa mereka tercipta untuk suatu tugasan tertentu. Islam
menjelaskan apakah tujuan penciptaan manusia di atas muka bumi ini. Ada
perintah dan larangan yang perlu dipatuhi.
Setiap
manusia lahir dengan membawa nikmat Allah yang harus digunakan untuk
melaksanakan perintah Allah. Di Akhirat nanti, semua nikmat yang pernah Allah
SWT berikan kepada seseorang akan dipersoalkan.
Hadith
Rasulullah salla Allah ‘alayh wa sallam.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ، قَالَا: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " يُؤْتَى بِالعَبْدِ يَوْمَ القِيَامَةِ فَيَقُولُ اللَّهُ لَهُ: أَلَمْ أَجْعَلْ لَكَ سَمْعًا وَبَصَرًا وَمَالًا وَوَلَدًا، وَسَخَّرْتُ لَكَ الأَنْعَامَ وَالحَرْثَ، وَتَرَكْتُكَ تَرْأَسُ وَتَرْبَعُ فَكُنْتَ تَظُنُّ أَنَّكَ مُلَاقِي يَوْمَكَ هَذَا؟ فَيَقُولُ: لَا، فَيَقُولُ لَهُ: اليَوْمَ أَنْسَاكَ كَمَا نَسِيتَنِي ": " هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ. وَمَعْنَى قَوْلِهِ: اليَوْمَ أَنْسَاكَ، يَقُولُ: اليَوْمَ أَتْرُكُكَ فِي العَذَابِ
Daripada Abu Hurairah dan Abu Sa’id r.a, Rasulullah Salla Allah ‘alayh wa sallam bersabda, maksudnya:"Akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat lalu Allah berfirman kepadanya: 'Bukankah Aku telah memberimu penglihatan, pendengaran, harta dan anak; bukankah Aku juga yang menundukkan untukmu binatang ternak dan tumbuh-tumbuhan; dan bukankah aku juga yang menjadikanmu pemimpin yang berkuasa? Lalu apakah engkau pernah terfikir akan menemui hari (hisab) ini?' Orang itu menjawab: 'Tidak pernah.' Allah lalu berkata: 'Hari ini Aku melupakan dirimu sebagaimana engkau dahulu melupakan Aku.'"Hadis ini diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidhi. Hadith ini adalah Sahih Gharib. Beliau lalu berkata, "Makna ucapanNya, 'Pada hari ini Aku melupakan dirimu’ adalah 'pada hari ini aku meninggalkanmu di dalam azab.'"
Bersyukurlah
kepada Allah yang masih memberikan kita kesempatan untuk muhasabah diri kita
sendiri sebelum Dia menghisab kita. Setiap titis air mata yang terbit dari hati
yang penuh penyesalan pada hari ini sangat tinggi harganya di sisi Allah.
Sementara pada hari itu, walaupun mata mengeluarkan darah sebagai gantinya,
Allah tidak akan pedulikannya sama sekali.
Jangan
biarkan diri kita dilupakan oleh Allah di akhirat kelak. Jangan lupakan Allah.
Peringatan buat diri ini..
Peringatan buat diri ini..
Hafid Sulaiman
No comments:
Post a Comment