Pantun lama melayu ada menyebutkan:
Asam kandis asam gelugur,Ditambah cili asam rumbia,Jasad menangis di pintu kubur,Ingin kembali ke atas dunia.
Manusia sering kali menyesal selepas apa yang ada digenggaman,
hilang dan tidak digunakan sebaik mungkin. Bersyukur kepada ilahi adalah inti
pati pendidikan yang utama ke atas diri manusia.
Penyesalan yang paling teruk adalah penyesalan di akhirat di mana
seseorang mustahil untuk kembali ke dunia untuk melakukan amalan. Nikmat di
dunia tidak disyukuri dengan melakukan amalan yang terbaik.
Begitu juga dengan nikmat kesihatan.
Kesihatan menjadi perhiasan diri yang sering kali manusia abaikan.
Pepatah arab menyebut:
“Ada mahkota di atas kepala orang yang sihat. Tiada siapa yang dapat melihatnya kecuali orang yang sakit.”
Nikmat kesihatan 50 tahun kadang-kadang hanya disedari oleh manusia
kini apabila dia menderita sakit selama 5 hari.
Nikmat usia muda kadang-kadang hanya disedari ketika umur seseorang
menjengah senja.
Semua nikmat akan dimamah usia.
Namun ada satu nikmat yang agung iaitu iman yang menjadikan kita
tidak akan menyesal di kemudian hari. Peliharalah sungguh-sungguh nikmat ini.
Iman adalah mutiara..
Tazkirah Jumaat untuk diri ini.
Hafid Sulaiman.
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah
No comments:
Post a Comment