Friday 20 November 2015

Ujian Dengan Nikmat Kesihatan Dan Masa Lapang





Dunia ini adalah tempat ujian. Manusia seharusnya sedar bahawa segala nikmat itu semuanya sebagai ujian walaupun pada zahirnya ia dilihat sebagai suatu kemuliaan. Maka bersyukurlah agar kita tergolong di dalam orang yang beruntung di akhirat kelak.






Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a katanya: Nabi Salla Allah ’alayh wa sallam bersabda: “Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya kerananya iaitu kesihatan dan kelapangan masa. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari)


Sesungguhnya manusia dicipta di dunia ini adalah untuk ujian dan cubaan. Manusia semuanya berada di dalam Dewan Ujian yang besar yang meliputi alam seluruhnya. Di sana terdapat pengawas yang sentiasa mencatat setiap pergerakan manusia sama ada yang kecil mahupun yang besar.

Hadith di atas menjelaskan tentang kepentingan mengingati nikmat kesihatan dan nikmat masa. Ia adalah 2 nikmat yang sangat penting yang memberi peluang kepada manusia untuk mentaati perintah Allah. Lalu mereka akan termasuk dalam golongan orang yang berjaya dalam ujian nikmat tersebut.

Akan tetapi ramai yang terpedaya dalam nikmat-nikmat tadi dan lupa kepada hakikat sebenarnya, kerana mereka menyangka bahawa nikmat itu adalah sesuatu kemuliaan, sedangkan hakikat sebenarnya ialah suatu ujian Allah. Apabila manusia tidak mengetahui bahawa itu adalah ujian lalu ia tidak bersyukur, akhirnya ia akan rugi, menyesal paada hari kiamat.

Demikianlah kebanyakan manusia tertipu, terpedaya, dan merasa rugi di akhirat kelak.

Hargailah nikmat kesihatan dan nikmat masa yang Allah berikan kepada kita.

Moga Bermanfatat

Hafid Sulaiman

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...