Mati
pucuk adalah satu keadaan di mana seseorang lelaki tidak mampu mendapatkan atau
mengekalkan ereksi zakar untuk melakukan
hubungan seks. Banyak punca mengapa hal
ini terjadi. Ia mungkin berkaitan dengan fizikal atau psikologi. Banyak kaedah merawat mati pucuk dan salah satunya adalah melalui solat.
Dibawah
ini, saya petik satu laporan mengenai salah satu kaedah untuk
memulihkan masalah mati pucuk.
Baca
Juga: Lelaki Malaysia Menderita Mati Pucuk
Solat Pulihkan Mati Pucuk
Kajian
saintifik menunjukkan masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki
dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.
Berita
gembira itu dibuktikan melalui kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan
bioperubatan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Fatimah Ibrahim.
Beliau
berjaya mengurangkan tahap mati pucuk dua lelaki selepas sebulan menjalani
terapi solat yang diperkenalkan olehnya.
Baca
Juga: Punca Kegagalan Ereksi: Apa Tindakan Anda
Katanya,
melalui terapi itu seseorang lelaki yang bermasalah perlu menunaikan solat
sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali
seminggu.
“Sebagai
contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum dan
selepas menunaikan solat Zuhur untuk tujuan terapi itu.
“Setiap
pergerakan dalam solat didapati merangsang otot lantai pelvik. Kami sedang kaji
kedudukan mana di dalam solat paling banyak menyumbang ke arah itu,” katanya.
Antara
kajian lain di bawah projek itu adalah kesan positif solat kepada ketenangan
minda, kesihatan jantung dan masalah sakit pinggang.
Kajian lain tentang terapi solat |
Menjelaskan
mengenai terapi solat, Fatimah berkata, lelaki yang bermasalah akan dipasang
sejenis alat khas untuk mengesan ketegangan zakar sewaktu mereka tidur.
Katanya,
seorang lelaki normal akan mengalami ketegangan zakar antara tiga hingga enam
kali sewaktu tidur selama 10 minit dengan isipadu ketegangan 200 peratus.
“Ada
dua pesakit telah berjaya mengurang dan memulihkan tahap mati pucuk selepas
menjalani terapi solat selama sebulan dengan mengalami sedikit ketegangan.
“Memang
pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan senaman otot lantai
pelvik tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat diregangkan secara
automatik.
“Ini
menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan minda,”
tegasnya.
SUMBER:
Utusan Online
Jemput
baca tulisan saya yang lain.
Moga
Bermanfaat
Hafid
Sulaiman
No comments:
Post a Comment