Tuesday, 9 September 2014

Get Clean Water Pitcher – Jag Penapis Air Terhebat

BENDASING WUJUD DI DALAM AIR BERSIH ANDA

Air adalah sumber kehidupan kita. Bayangkan jika kita mempunyai sumber air yang cukup untuk hidup namun ia tidak selamat untuk digunakan.

Kepesatan pembangunan yang berlaku secara tidak langsung memberikan kesan kepada alam sekitar. Sumber air juga tidak lepas daripada pencemaran bahan kimia yang berbahaya hasil daripada sisa-sisa industri termasuk pertanian.

Bahan kimia yang boleh memudaratkan boleh hadir di dalam minuman kita. Apa yang kita minum yang pada mulanya kita harap memberikan kesihatan kepada kita namun akhirnya menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

Maka kerana itu, banyak syarikat yang menghasilkan pelbagai produk yang penuh inovasi dan kreativiti yang berupaya menapis bahan-bahan cemar tersebut bagi menghasilkan air yang sihat.

Semua produk penapis air bertujuan membantu kita mendapat air yang bersih terutamanya mereka yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Setiap daripada kita harus menyedari keperluan ini untuk mewujudkan suasana persekitaran yang sihat.



Shaklee Menghasilkan Get Clean Water Pitcher


Shaklee adalah syarikat antarabangsa yang sangat peka dengan alam sekitar menghasilkan produk semula jadi yang selamat dan terbukti berkesan.

Misi Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik kepada setiap insan. Shaklee merealisasikannya dengan menghasilkan produk semula jadi yang sungguh luar biasa, yang membuatkan anda teruja untuk berkongsi tentang kelebihan produk kami dengan rakan-rakan anda.

Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar.

Tiga jaminan kami apabila anda memilih produk Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.



Get Clean Water merupakan sistem penapisan air multipaten yang baru. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar termasuk kandungan plumbum sehingga 99%.



Get Clean Water merupakan sistem penapis jag air pertama yang menggunakan blok karbon yang boleh di isi semula. Jadi kurangkan botol plastik yang perlu dibuang.

Air yang bersih dan sihat atau bumi yang lebih bersih dan sihat???

Ya, sudah tentu kita boleh menikmati semuanya.

Get Clean Water Pitcher – Jag Penapis Air Terbaik.


Jag Penapis Air Terbaik ini disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar yang lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!.

Jom lihat jadual berikut:



Jag Penapis Air Terbaik ini disahkan dapat mengurangkan klorin jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan disebabkan oleh bahan sampingan klorin.

Jag Penapis Air Terbaik ini disahkan dapat menuras 303 liter air (80 gelen) bagi setiap turasan. Dan ini adalah dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.

Jag Penapis Air Terbaik ini menggunakan sistem penuras air berblok – Karbon Isian Semula yang pertama.

Jom lihat lagi perbandingan.



Pilihan bijak seisi keluarga


Get Clean Water merupakan pilihan yang bijak kerana ia menyelamatkan poket anda daripada bocor secara berlebihan.

Hanya beberapa sen bagi seliter air jika hendak dibandingkan dengan pembelian air minuman di pasar raya atau kiosk penapis air yang ada di mana-mana.

Get Clean Water adalah jag air yang mempunyai meter air automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras dan ia tidak memerlukan kuasa elektrik. Ia adalah jag air terbaik yang bijak.

Kredit untuk: papazarra.blogspot.com

Get Clean Water adalah ringan dan mudah di bawa ke mana-mana. Ia boleh dibawa ke mana sahaja yang anda inginkan sama ada ke pejabat, berkelah, pulang ke kampung halaman dan lain-lain.

Air yang ditapis melalui Get Clean Water ini tidak perlu dimasak. Airnya lebih sihat dan rasanya yang enak.

Jag Penapis Air ini hanya memerlukan pemasangan yang mudah dan ringkas. Tidak banyak alat gantian yang diperlukan. Penyelenggaraan yang minimum. Tidak perlu penyelenggaraan dari juruteknik terlatih. Anda boleh lakukannya sendiri.

Kredit untuk: www.vitaminasli.my

Alat gantian bagi jag penapis air ini murah dan berpatutan. Blok karbon yang digunakan untuk menapis air sangat murah dan berpatutan harganya. Dengan harga kurang daripada RM50.

Kredit untuk: babygreendesign

Keunikan Get Clean Water Pitcher Shaklee


SELAMAT - Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air

Get Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA – Water Quality Association).

BIJAKMenjimatkan kos.

Hanya beberapa sen bagi satu liter air. Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis tanpa perlu mengagaknya. Ia cukup bijak tanpa was-was.

BERKUASA TINGGI - Lebih banyak air bersih pada setiap masa

Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda. Ia lebih berkuasa tinggi jika dibandingkan dengan jag penapis air yang lain.

MESRA ALAM - Memelihara kesejahteraan alam sekitar

Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar. Ia adalah pilihan terbaik untuk anda yang inginkan kehidupan yang mesra alam.



SELAMAT UNTUK ANDA, RUMAH DAN BUMI ANDA.

Nak Memiliki GET CLEAN WATER PITCHER dan mengetahui dengan lebih lanjut: Klik Sini. 

SAFE : POWERFUL : GREEN : SMART

DAPATKAN GET CLEAN WATER PITCHER DENGAN HARGA RM460 UNTUK SATU SET LENGKAP.




WHATSAPP
013-3727.508 


Hafid Sulaiman
PENGEDAR GET CLEAN WATER PITCHER
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah

1 comment:

  1. Salam tuan...nk tanya berkenaan bahan plastik jag ni...tgk di bahagian bawah material jag ni diperbuat dari bahan polystyrene. .ada kod 6 dlm segitiga. ..tak bahaya ke klu diguna berulang kali. .
    Sumber dari
    http://vitamin.ibucergas.com/kita-makan-banyak-plastik-berbahaya/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...