Thursday, 4 September 2014

Tingkatkan Fungsi Hati Anda Dengan Makanan Terbaik




Hati (liver) adalah organ terbesar di dalam tubuh manusia. Ia memainkan peranan yang sangat besar  di dalam tubuh manusia.

Ia umpama mesin yang membersihkan toksin-toksin yang masuk ke dalam badan.

Berfungsi sebagai sistem pertahanan badan yang melawan infeksi, hati perlu dijaga dan pengabaian terhadap penjagaan hati menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

 
Fungsi Hati

Jika kita umpamakan hati kita seperti pengawal keselamatan yang mengawal kilang tubuh kita, maka seharusnya kita memastikan mereka ini cukup cergas dan berada pada tahap yang terbaik untuk mereka berkhidmat untuk kita.

Jika pengawal ini tidak diberi makan dengan makanan yang terbaik, tidak dimandikan dan tidak diberikan motivasi, maka dia akan menjadi lemah untuk mengawal dan memeriksa apa sahaja unsur yang masuk ke kilang pemprosesan terbesar di dalam tubuh kita.

Entri ini, penulis ingin berkongsi dengan para pembaca beberapa makanan yang terbaik sebagai imbuhan untuk diberikan kepada pengawal keselamtan ini agar terus kekal berkhidmat kepada kita pada tahap yang optimum.

Makanan Terbaik Untuk Hati (Liver)


#1. Biji ‘milk thistle’




Milk thistle digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi. Ia mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida.

Amalan memakan biji milk thistle ini akan melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.

Ia juga merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.

Milk Thistle mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol dan mengurangkan paras kolesterol.

Selain itu, ia membantu mencegah dan merawat masalah batu karang dan masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema.

#2. Schizandra


Credit: dherb.com


Schizandra adalah tumbuhan yang hebat yang menghalang toksin berada dalam badan. Ia juga mempertingkatkan sistem imun badan.

Schizandra berfungsi menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel–sel baru.

Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan antioksidan.

Schizandra merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin.

Schizandra juga membantu merawat hepatitis dan masalah buah pinggang.

#3. Cendawan Reishi


Credit: NaturesHappiness.com


Reishi Mushroom digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksidan untuk melawan radikal bebas.

Cendawan Reishi sangat baik untuk mempertingkatkan sistem imun untuk membantu hati berfungsi dengan baik.

Selain bermanfaat untuk hati, cendawan Reishi juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi, paras kolesterol dan  membantu dalam mencegah atau merawat kanser.

Cendawan Reishi juga mengurangkan masalah bronchitis, sinusitis, keletihan yang kronik dan mencegah penyakit jantung.

#4. Akar Dandelion


Credit: stepintomygreenworld.com


Akar dendalion ini kaya dengan Vitamin A, B, C, D, zat besi dan ia merupakan antioksidan yang hebat. Ia mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu.

Akar Dandelion membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku pembengkakan hati (hepatitis) dan jaundis.

Ia membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu dan membantu mencegah batu karang.

Akar ini juga bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit.

Selain itu, akar yang hebat ini juga meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi  untuk melawan anemia dan merendahkan paras gula dalam darah.

Akar dendalion ini juga menguatkan tulang kerana ia kaya dengan kalsium, anti keradangan dan membantu melawan kanser.

#5. Kunyit (Turmeric)




Kunyit mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati dan  kesihatan pundi hempedu.

Kunyit meningkatkan kesan anti keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan.

Kunyit juga adalah antioksidan dan antibakteria yang membantu sistem pertahanan tubuh.

#6. Artichoke




Artichoke kaya dengan magnesium, potassium dan vitamin C. Ia adalah antioksidan yang baik yang meningkatkan prestasi sistem imun.

Artichoke mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus  membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal.

Ia membantu membina semula sel-sel hati.

Daun artichoke juga mampu untuk menurunkan paras kolesterol.

Sayangi Hati anda.


Mungkin banyak lagi makanan yang terbaik untuk hati kita yang tidak disebutkan di sini. Para pembaca boleh mencarinya sendiri untuk mendapatkan tonik yang terbaik dan yang mudah untuk anda dapati.

NAK LAGI MUDAH???

DAPATKAN DTX COMPLEX - UNTUK KESIHATAN HATI ANDA

KLIK SINI

Jika anda sayang hati anda dan hati orang yang anda sayangi, saya akan bantu anda untuk mendapatkan produk terbaik yang telah diuji keberkesanannya.


Tonik hati terbaik untuk anda dan orang yang anda sayangi.

Jangan biarkan hati anda menyimpan racun toksin yang akan memusnahkan hidup anda.

Hati anda sihat, orang lain gembira.

hafid sulaiman
013-3727.508
Facebook: Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...