Wednesday 2 September 2015

B Kompleks Menceriakan Hidup Anda

Anda memerlukan B Kompleks


Sebahagian orang merungut letih sepanjang masa, lekas marah, gementar, tertekan, selera makan berkurang, insomnia, sembelit, rambut tidak subur, masalah kulit dan rasa lemah.  Tahukah anda bahawa dengan pengambilan makanan yang memenuhi keperluan B Kompleks, anda boleh menceriakan hidup anda kembali dan tidak merungut lagi.


B Kompleks


Terdapat lapan ahli di dalam B Kompleks yang telah dikenalpasti. Untuk memastikan tubuh kita dapat berfungsi dengan baik, kesemua ahli di dalam keluarga ini perlu kita ambil melalui makanan harian kita.

Semua ahli kumpulan vitamin B adalah larut air dan mudah hilang daripada makanan dan badan.

Ketegangan fizikal atau psikologi yang berpanjangan mempercepatkan kadar metabolism dan menghabiskan vitamin B daripada badan kita.

Oleh itu, ia sangat penting untuk ditambah setiap hari agar kehidupan kita sentiasa ceria.

Untuk mendapatkan kesemua vitamin B Kompleks ini, seseorang perlu makan pelbagai jenis makanan: bijirin asli, sayuran berwarna hijau tua, produk-produk haiwan. Dan setiap satunya perlu diambil setiap hari.

Persoalannya adakah kita berjaya mengambil makanan yang memenuhi keperluan vitamin B Kompleks.

Anda memerlukan B Complex Shaklee


Gula Menghapuskan Semua B Kompleks


Tabiat pemakanan terutamanya pengambilan makanan segera dan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi menyebabkan masalah yang besar kepada kesihatan.

Gula menghapuskan semua ahli di dalam B Kompleks.

Bagaimana??

B Kompleks tidak memberikan kita tenaga. Tetapi ia diperlukan untuk melepaskan tenaga daripada darah kita.

Untuk mendapat tenaga daripada gula, badan  perlu melalui kitaran biokimia pengeluaran tenaga. Ia merupakan proses Sembilan peringkat. Pada setiap peringkat, tenaga akan dilepaskan daripada gula sambil ia dicernakan.

Di sinilah B Kompleks berperanan. Pada setiap satu daripada reaksi ini, satu atau lebih ahli B Kompleks akan terlibat di dalam pelepasan tenaga.

Jika kita tidak mempunyai ahli B Kompleks yang diperlukan, maka kita tidak akan mendapat pelepasan tenaga yang memuaskan.

Bagi mereka yang menghidap kencing manis atau diabetes, peranan B Kompleks sangat penting bagi membantu metabolism gula dan pembebasan tenaga.

Atasi Rungutan Dan Ceriakan Hidup Anda


Inilah sebabnya mengapa banyak sangat rungutan orang ramai, yang mana mereka mengambil makanan tetapi masih lagi tidak bertenaga malah semakin lemah. Mereka yang mengalami rendah B Komples sering keletihan dan mempunyai paras tenaga yang rendah.

B  kompleks sangat penting untuk golongan muda kerana mereka sedang berkembang dan diet harian mereka sering menjadi bencana kepada mereka.

Namun bagi mereka yang semakin berusia, ia menjadi sesuatu yang wajib. Apabila anda sudah tua, B Kompleks tidak lagi diserap dengan lebih cekap berbanding usia muda.

Justeru, mereka memerlukan kumpulan vitamin B Kompleks dengan konsentrasi yang lebih tinggi untuk penyerapan yang lebih baik.
                               
B Kompleks terlalu penting untuk kesihatan kita keseluruhannya dan kita tidak harus menanggung risiko kekurangannya walaupun sedikit.

Maka pengambilan nutrisi tambahan B Complex wajib dipertimbangkan.

Nak Sihat… Dengarlah Nasihat.

Hafid Sulaiman




2 comments:

  1. oh begitu, baru tau saya, tapi tak hanya b complex, berbagai multi vitamin lainnya juga penting apa lagi bagi anda yang beraktifitas padat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tepat sekali.. Bukan hanya multi vitamin, tetapi mineral-mineral lain, protein, karbohidrat, lipid dan serat penting untuk semua orang.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...