Thursday, 3 July 2014

Berani Buat, Kena Berani Tanggung.

Piccredit: ohsenyum


Pengalaman seseorang di dalam kehidupan lampau memberikan pengajaran di dalam kehidupan kita. Kisah-kisah mereka yang hidup pada zaman yang penuh liku-liku menjadikan mereka ingin berkongsi rasa dengan generasi sekarang.

Watak dan karakter yang berbeza antara dua generasi, memberikan pengajaran bagi mereka yang berakal dan mahu berfikir.


Jangan jadi seumpama binatang ternakan yang ditempelak oleh Allah di dalam al-Quran.

Kutip mutiara pengalaman mereka yang tidak mungkin kita lalui.

Generasi sekarang yang hidup dalam zaman moden dan serba canggih mempunyai watak yang berbeza dengan watak ibu ayah dan nenek moyang mereka. Cara didikan juga berbeza.

Generasi sekarang terlampau manja dan mahukan semua benda dengan mudah dan senang.

Berani buat namun tidak berani tanggung. Mungkin itu sebahagian watak yang ada pada sebahagian daripada kita.

Berani buat, berani tanggung.


Kisah ibu ayah kita yang nakal sewaktu kecil sering diceritakan oleh mereka atau datuk nenek kita untuk dijadikan pengajaran.

Dulu, rotan merupakan didikan yang mudah sebagai pengajaran.

Setiap kali si anak melakukan kesalahan, si anak sudah tahu akan hukumannya. 

Mereka bersedia untuk menanggung tanggungjawab di atas kesalahan yang dilakukan walaupun  pada mereka ia bukanlah satu kesalahan.

Tapi pada pandangan ibu ayah, ia adalah kesalahan yang jika dibiarkan akan melarat.

Mereka belajar menerima hukuman dan berani menanggungnya kerana ia didahului dengan keberanian untuk melakukannya.

Selepas dirotan, pastinya tubuh badan akan berbirat.

Namun naluri seorang ibu, akan mendodoikan anaknya sebelum tidur dan si ayah yang baru pulang dari surau akan melumurkan minyak di tempat yang dirotan tadi.

Si anak tadi tidur di dalam kebahagiaan kerana disayangi walaupun telah melakukan kesalahan. Itulah didikan kasih sayang ibu ayah dahulu.

Si anak juga mengerti, apabila melakukan kesalahan, kita pasti menerima hukuman dan hendaklah menerimanya dengan tenang.

Ya.. kalau hendak menjadi anak jantan, kita mestilah berani buat dan berani tanggung.

Oleh sebab itu, sangat tidak kena apabila kita melakukan kesalahan , kita salahkan pula si pemberi hukuman.

Bukankah kita ada hati kecil yang awal-awal lagi sudah membisikkan amaran sebelum kita melakukan kesalahan itu???

Mengapa kita tidak mendengar amaran suara itu???

Sebab kita suka ikut ‘apa yang kita mahu’ daripada ikut ‘apa yang kita tahu’.

Nasihat segar.


Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah tentang kesihatan kita.

Ya.. tentang kesihatan kita yang kita berani merisikokannya tetapi apabila kita sampai di tahap perlu berani menanggungnya… ramai yang tewas dan tidak berani.

Kita tahu merokok itu satu bala untuk kesihatan kita, kita berani untuk menghisapnya tapi berputus asa dan rasa lemah apabila mendapat ‘hukuman’nya.

Kita tahu makan makanan segera boleh mengancam kesihatan, kita berani untuk membeli dan memakannya tapi apabila kita menghidap obesiti, kita berasa rendah diri.

Kita tahu minum minuman berkarbonat itu tidak baik, namun disebabkan kenikmatan yang sekejap dibibir, kita meminumnya. Apabila diabetes mengancam nyawa, kaki terpaksa dipotong, terpaksa berulang alik ke hospital, maka redalah di atas keberanian kita tatkala mula melakukannya.

Berani menerima hukuman di atas kesalahan yang kita lakukan menandakan kita reda dengan ketentuan dan reda di atas keberanian kita melakukan kesalahan.

Jangan berani untuk mempersoalkan hukuman yang kita terima. Itulah hukum alam. Sunnatullah.

Apabila dihukum, kita mesti terima dengan hati terbuka. Jika kita tidak sanggup terima hukuman, jangan sekali-kali  lakukan kesalahan.

Lihatlah dunia dengan keluasan akhirat.

Nilailah dunia dengan nilaian akhirat.

InsyaAllah, kita berjaya di dunia dan akhirat.

Berani buat. Berani tanggung.

Jom berubah untuk hari-hari yang lebih baik.

Terima kasih kerana membaca perkongsian ini. moga menjadi amal jariah.

Hafid Sulaiman
Sms/WhatsApp: 013-3727508
Email: hafidsulaiman85@gmail.com
Facebook: hafid sulaiman
Page: Kesihatan Lelaki 4u

Supplement Lelaki 4u

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...