Wednesday, 2 July 2014

Secangkir Teh Tarik dan Vitamin C



Teringat kenangan semasa bujang apabila tiba pagi hujung minggu, hari Ahad, keluar bersama-sama rakan-rakan serumah ke kedai mamak di Kampung Baru, KL. Macam biasa, pesanan yang menjadi kebiasaan adalah teh tarik dan roti telur banjir.

Pada masa itu, teh tarik harganya lebih RM 1.00 dan roti telur banjir juga RM 1.50. Murah je..

Ekonomi pada masa tu, tidaklah begitu meruncing jika nak dibandingkan dengan tahun 2014.  Tambahan pula ketika itu masih bujang. Tiada apa nak difikirkan tentang ekonomi.

Makan ikut suka, yang mana berkenan dengan nafsu makan, itu yang diambil.

Masa berlalu begitu pantas. Seiring dengan perubahan masa, banyak perkara-perkara di sekeliling kita juga berubah.

Setelah mempunyai tanggungjawab yang besar sedikit, kita mula memikirkan sesuatu dengan analisis yang lebih mendalam tentang kehidupan.

Keadaan ekonomi pada zaman sekarang memerlukan kita kritis di dalam menilai kehidupan kita.

Secangkir Teh Tarik


Kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen pada 2013 memberikan kesan kepada kehidupan. Minyak naik, semua barang pun naik. Teh tarik dan roti canai kosong juga tidak terlepas daripada tempias kenaikan harga.

Kenaikan harga barang membuat kita terpaksa meninggalkan beberapa keinginan demi memenuhi keperluan harian.

Teh tarik yang dulunya sering diminum di restoran mamak juga terpaksa ditinggalkan. Bahkan nak makan di kedai pun terpaksa fikir berkali-kali.

Sebahagian daripada kita, pergi ke kerja pun terpaksa bawa bekal. Kalau terasa nak minum teh atau milo atau Nescafe, baik bawa bekal dari rumah.

Namun ada juga yang masih belum mampu meninggal teh tarik mamak dan roti canai.

Ya.. teh tarik yang kita bawa bekal dari rumah sudah tentu tidak sama dengan teh tarik di kedai.

Begitu juga milo dan nascafe. Rasanya pasti berbeza dengan apa yang kita bawa.

Itu menyebabkan segelintir daripada kita tidak mampu meninggalkan kebiasaan, minum teh tarik di pagi hari yang harganya RM1.20 sahaja.

Bahaya vs Manfaat.


Tahukah kita apa yang membezakan apa yang kita bawa dengan apa yang kita beli?

Sudah pastinya bahan yang digunakan berbeza. Teh di kedai menggunakan teh yang ditimbang atau jenis yang lain yang mempunyai bahan pewarna yang lebih. Ini membuatkan warna dan rasanya juga berbeza dengan teh yang kita buat di rumah.

Ada pro dan kontra. Tapi yang pasti, bahaya yang diundang yang akan menjelma.

Bahaya itu mungkin berpunca daripada teh itu sendiri, susu yang manis, bahan plastik yang digunakan untuk membungkus atau punca-punca lain yang diketahui.

Diabetes, darah tinggi, kanser atau strok mungkin sedang menunggu.

Kalau kita faham teori pemakanan, apabila kita mengambil teh tarik dan roti canai, kita akan berkira-kira berapa kalori bagi setiap item tersebut. Dan kita akan memikirkan bagaimana nak membakar kalori tersebut agar tidak tersimpan menjadi penyakit.

Tapi adakah kita lakukan semua itu???

Namun saya tidak mahu memfokuskan tentang bahaya, namun yang ingin diambil perhatian di sini adalah sikap kita yang begitu berkira untuk kebaikan dan kesihatan diri.

Teh Tarik Vs Vitamin C


Kita sangat berkira untuk melabur demi kesihatan kita. Nak keluar duit untuk membeli makanan yang berkhasiat yang lebih ekonomi dan jimat terasa berat sahaja.

Mungkin RM1.20 lebih mendatangkan nikmat di lidah nak dibandingkan dengan khasiat vitamin C yang harganya lebih kurang RM100 sebotol..

Sedangkan kalau nak dikira risiko teh tarik yang hanya dikeluarkan RM1.20 sehari itu, akan menyebabkan risiko perbelanjaan yang besar di kemudian hari untuk rawatan penyakit pula.

Mungkin menjangkau puluhan ribu ringgit.

Semoga Allah memelihara kita daripada musibah ini.

Apabila kita membeli supplement Vitamin C untuk kesihatan anda yang berharga mungkin sekitar RM 100, anda akan terasa berat sebab kita melihat harga sebotol.

Kita buat perbandingan dengan segelas teh tarik RM 1.20 dengan Vitamin C RM100. Jadi kita akan rasa membeli vitamin C tidak ekonomi dan membazir pada zaman ekonomi sekarang.

Kira betul-betul.


Jika kita buat perkiraan, Vita-C Plus yang dikeluarkan oleh Shaklee berharga RM92.50 sebotol dengan harga retail yang mengandungi 180 tablet.

Jika kita makan sekali sehari, satu botol itu dapat bertahan sehingga 6 bulan atau 180 hari. Kos perbelanjaan sehari adalah lebih kurang 50 sen sahaja sehari untuk kesihatan yang baik.

Itu belum kira jika kita menjadi ahli Shaklee. Akan jadi lebih murah.

Jika kita minum teh tarik setiap hari dengan harga RM1.20, dalam sebulan kita telah membelanjakan RM36. Dan jika 180 hari atau 6 bulan kita telah membelanjakan lebih kurang RM216. Jauh bezanya.

Mana yang lebih ekonomi dan lebih jimat.

Kita fikirkanlah bersama untuk kepentingan ekonomi dan kesihatan kita…

Kesihatan adalah harta yang tinggi nilainya.

Jangan abaikannya.

Terima kasih kerana membaca perkongsian ini…

Nasihat segar agar kita sedar.

Jika anda ingin berubah, hubungi saya.




 Hafid Sulaiman
Sms/WhatsApp: 013-3727508
Email: hafidsulaiman85@gmail.com
Facebook: hafid sulaiman
Page: Kesihatan Lelaki 4u

Supplement Lelaki 4u

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...