Thursday, 6 November 2014

Halia Melegakan Angin dan Senak Perut

Halia segar dan melegakan perut anda


Halia adalah ramuan masakan yang sering digunakan ketika memasak. Ia bukan sekadar penyedap makanan bahkan halia mempunyai manfaat yang besar kepada kesihatan manusia. Ia adalah ubat yang mujarab kepada beberapa masalah kesihatan. Pada kebiasaannya, bagi melegakan angin di dalam badan dan senak perut, orang-orang dahulu menggunakan halia sebagai ubatnya. Cara mudah adalah dengan membuat teh halia.


Halia Sebagai Ubat

Halia disebut di dalam al-Quran dengan kalimah al-Zanjabil iaitu campuran minuman halia untuk ahli syurga. Halia terbukti dapat mengatasi beberapa kelemahan tubuh badan seperti angin dalam badan, senak perut, lelah, jantung, masalah penghadaman, sendawa, usus, paru-paru, sakit dada, muntah, mual, loya sakit perut dan lain-lain.

Ramai orang yang mempunyai masalah angin dalam badan dan senak perut. Ini menyebabkan mereka berasa mual dan loya dan ingin muntah. Halia bertindak sebagai ubat anti muntah yang sangat efektif.

Angin di dalam badan menyebabkan perut tidak berasa selesa dan rasa tegang di perut. Halia boleh menyekat serotonin iaitu tindak balas kimia yang dapat menyebabkan perut memulas sehingga timbul rasa mual. Ini termasuk mual disebabkan perjalanan yang jauh atau mabuk laut. Halia juga sangat efektif bagi ibu-ibu yang hamil yang mengalami rasa mual dan muntah-muntah atau morning sickness.

Jika anda ingin melegakan angin di dalam badan atau rasa senak perut, anda boleh mencuba membuat minuman halia. Ambil halia secukup rasa, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Masukkan ke dalam air suam. Anda boleh campurkan dengan teh atau limau kasturi atau limau nipis. Boleh juga dicampurkan dengan kulit kayu manis, daun pudina, jintan hitam, cengkih dan madu. Atau mana-mana resipi yang anda rasakan anda boleh untuk menikmatinya.

Minuman halia membantu melegakan angin dalam badan dan masalah senak perut


Minuman ini sangat membantu anda berasa segar dengan melegakan angin di dalam badan dan senak perut.

Jom nikmatinya.


=================


Jika anda berminat mendapat produk Shaklee yang terbaik untuk kesihatan anda, segera hubungi saya untuk khidmat rundingan dan pembelian.
PENGEDAR SHAKLEE SHAH ALAM | KLANG

Dapatkan Peppermint Ginger Plus Untuk Melegakan Angin Dan Senak Perut.
KLIK SINI


Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah
Whatsapp 013-3727.508

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...