Wednesday, 5 November 2014

Pintu-pintu Syurga




Setelah melalui hisab dan titian sirat, perjalanan manusia diteruskan ke tempat terakhir mereka. Bagi orang yang selama di dunia, dia bertakwa kepada Allah, telah tersedia syurga yang akan mereka diami selama-lamanya. Pintu-pintu syurga akan memanggil mereka berdasarkan amalan yang mereka lakukan.


Firman Allah:

73. Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berombongan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga Yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka Dengan kata-kata:" salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (Mereka pun masuk) – (al-Zumar,39:73)
قَالَ أَبَو هُرَيْرَةَ،: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: «مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ مِنْ شَيْءٍ مِنَ الأَشْيَاءِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، دُعِيَ مِنْ أَبْوَابِ، - يَعْنِي الجَنَّةَ، - يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا خَيْرٌ، فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلاَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلاَةِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الجِهَادِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصِّيَامِ، وَبَابِ الرَّيَّانِ» ، فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ: مَا عَلَى هَذَا الَّذِي يُدْعَى مِنْ تِلْكَ الأَبْوَابِ مِنْ ضَرُورَةٍ، وَقَالَ: هَلْ يُدْعَى مِنْهَا كُلِّهَا أَحَدٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «نَعَمْ، وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ يَا أَبَا بَكْرٍ»
Abu Hurayrah radiya Allah ‘anhu berkata aku mendengar Rasulullah Salla Allah ‘alayh wa sallam bersabda maksudnya: Sesiapa menafkahkan di jalan Allah sepasang binatang nescaya diseru dia di pintu-pintu syurga: Hai hamba-hamba Allah, ini suatu kebajikan. Dan sesiapa berada dari golongan orang yang bersembahyang dipanggil dia dari pintu sembahyang. Orang yang masuk di kalangan ahlul jihad dipanggil dia dari pintu al-Jihad. Sesiapa yang masuk dari golongan orang yang berpuasa diseru dia dari pintu al-Rayyan. Dan sesiapa yang masuk dari kalangan orang yang bersedekah diseru dia dari pintu sedekah. Maka berkatalah Abu Bakar: Tiada suatu kemudaratan bagi orang-orang yang diseru dari pintu-pintu itu. Maka adakah seseorang yang akan dipanggil dari semua pintu? Nabi menjawab : Ya! Dan aku harapkan engkau termasuk ke dalam golongan itu.
(Riwayat al-Bukhari, no. 3666)

قَالَ: " مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ - أَوْ فَيُسْبِغُ - الْوَضُوءَ ثُمَّ يَقُولُ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ إِلَّا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ ".

Tidaklah seorang daripada kamu mengambil wudu’ dengan sempurna, lalu berkata: “aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusannya.” Melainkan akan dibuka baginya lapan pintu syurga. Ia akan masuk dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.
(Hadith riwayat Muslim, no. 153)
Setiap pintu syurga ini sangat luas sehingga disebut di dalam al-Sahihayn:

….ثُمَّ قَالَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، إِنَّ مَا بَيْنَ المِصْرَاعَيْنِ مِنْ مَصَارِيعِ الجَنَّةِ، كَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَحِمْيَرَ - أَوْ كَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَبُصْرَى - "
…. Dan kemudian Nabi bersabda: Demi jiwaku yang berada di tangannya, sesungguhnya keluasan antara dua tiang pintu syurga seumpama jauh jarak antara Makkah dan Himyar atau seperti Makkah dan Busra..
(hadith riwayat al-Bukhari, no. 4712 dan Muslim, no. 481)
Banyaknya pintu-pintu syurga memberi isyarat kepada banyaknya pintu kebaikan yang boleh membawa ke syurga.

Keyakinan tentang banyaknya pintu syurga membuka peluang bagi setiap muslim untuk memilih jalan ke syurga sesuai dengan keadaannya.

Untuk itu, kita mesti memilih salah satu daripada pintu kebaikan itu yang paling sesuai dengan keadaan hidup kita lalu kita melaziminya sepanjang hidup kita.

“Wahai manusia, ambillah amalan yang kamu melakukannya (dengan rutin). Sesungguhnya Allah tidak akan jemu. Dan amalan yang paling  Allah cintai adalah apa yang dilakukan secara istiqamah walau pun sedikit”
(HR al-Bukhari, no. 5861)

JOM kejar syurga...

Hafid Sulaiman..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...