Monday, 10 November 2014

Ubah Tabiat Pemakanan Untuk Kesihatan Jantung





Manusia yang dilahirkan normal yang tidak mempunyai masalah jantung perlu bersyukur dengan anugerah kesihatan yang diberikan. Tabiat pemakanan yang tidak seimbang menjadikan anda seorang yang sering kali lalai terhadap anugerah kesihatan ini. Kesihatan jantung amat berkait rapat dengan tabiat pemakanan anda. Jika anda sudah mempunyai tanda-tanda masalah jantung, ubat tabiat pemakanan adalah tindakan bijak untuk kesihatan jantung anda.



Penyakit Jantung


Sering kali anda mendengar berita kematian disebabkan masalah jantung. Sama ada dalam media massa ataupun ada dalam kalangan saudara mara dan jiran tetangga anda. Begitu juga dengan golongan elit dan tersohor dalam kalangan artis dan ahli politik yang anda kenali yang dimasukkan ke IJN untuk menerima rawatan jantung. Adakah berita-berita ini membimbangkan anda?

Mungkin anda berasa kasihan di atas apa yang menimpa mereka, namun persoalan yang paling penting adalah bagaimana anda mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dan apakah tindakan susulan anda?

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan di dada yang berterusan sehingga menjalar ke beberapa bahagian badan. Ini menyebabkan pesakit mengalami kesukaran bernafas dan perasaan takut keterlaluan mula menyelubungi. 

Rasa kesakitan ini disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang berpunca daripada salur darah bahagian itu yang tersumbat. Lebih besar salur darah tersumbat lebih bahaya serangan jantung itu. Dan ia pastinya bermula dengan tabiat pemakanan seseorang.


Ubah Tabiat Pemakanan


Sekian banyak tips-tips dan panduan yang dikongsi oleh pakar kesihatan tentang pemakanan untuk kesihatan jantung, namun berapa ramai dalam kalangan masyarakat yang mengambil endah tentang panduan ini.

Ubah tabiat pemakanan adalah kunci kepada penyelesaian masalah kesihatan jantung. Kata-kata yang sering saya kongsikan, seharusnya anda membuat apa yang anda tahu untuk kesihatan jantung, bukan apa yang anda mahu mengikut nafsu anda.

Anda bingung apabila memilih makanan di tengah-tengah kesibukan anda seharian. Apabila anda melangkah masuk ke restoran untuk makan tengah hari, anda menjadi rambang mata untuk memilih makanan. Apa yang anda pilih itulah yang menjadikan diri anda sekarang.

Buka mata dan gunakan pengetahuan anda untuk memilih. Anda tidak perlu bimbang, pastinya banyak restoran yang menyediakan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan jantung anda.

Begitu juga, jika anda seorang yang suka memasak di rumah, memilih dan membeli bahan mentah yang terbaik untuk kesihatan jantung harus diutamakan. Pilih cara masak yang terbaik untuk anda nikmati makanan tanpa menjejaskan kesihatan anda.



Jom ubah tabiat untuk kesihatan jantung anda.

===================
Jika anda berminat mendapat produk Shaklee yang terbaik, yang dijamin selamat,berkesan dan mesra alam, segera hubungi saya untuk khidmat rundingan dan pembelian.
===================

Hafid Sulaiman
SMS/WhatsApp: 013-3727.508

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...