Sunday, 9 November 2014

Rasa Kebas Pada Kaki dan Tangan Serta Kejang Otot.


Bagaimana mengatasi kebas pada kaki dan tangan serta kekejangan otot.

Anda mungkin pernah mengalami rasa kebas pada kaki dan tangan serta kejang otot. Baru duduk sekejap dah rasa kebas pada bahagian tertentu di badan. Rasa kebas dan kejang ini sering kali memberikan ketidak selesaan pada anda untuk terus melakukan aktiviti dan rutin harian. Jika ia dibiarkan tanpa rasa peduli daripada anda, mungkin ia akan bertambah teruk seiring dengan peningkatan usia.


Situasi Yang Berlaku


Apabila berasa kebas, kaki dan tangan anda kekurangan rasa pada rangsangan atau anda rasa seperti dicucuk-cucuk apabila bersentuhan dengan sesuatu contohnya apabila kaki bersentuhan dengan lantai. Jom tengok beberapa lagi situasi:

1) Pergi surau, nak dengar kuliah maghrib. Baru duduk beberapa minit, sudah rasa tidak selesa pada kaki. Rasa kebas. Pusing sana, pusing sini, ubah tempat duduk dan cara duduk. Mengganggu konsentrasi untuk mendengar kuliah. Termasuk juga rasa kebas melanda ketika solat dan mengaji.

2) Anda sering melakukan kerja dengan computer. Pegang ‘mouse’ sekejap, dah rasa tidak selesa pada tangan. Rasa kebas. Terganggu urusan dan konsentrasi anda melakukan kerja.

3) Anda berniat untuk membantu kerja-kerja kenduri. Terpaksa duduk untuk potong bawang dan macam-macam lagi kerja. Baru duduk lima minit, dah rasa kebas pada kaki dan tangan. Terbantut rasa nak menolong buat kerja kenduri.

4) Anda sangat berminat bermain bola sepak. Tapi anda sering mengalami kekejangan terutama apabila ingin mengejar bola dengan melakukan larian pantas.

5) Anda bangun daripada tidur dan terasa bahagian tertentu pada kaki dan tangan anda kebas. Kadang-kadang berlaku kejang otot. Ini menyebabkan tidur anda sering terganggu.

Mungkin banyak lagi situasi yang pernah anda alami sendiri. Rasa kebas pada kaki dan tangan ini jika anda tidak mengambil tindakan susulan, mungkin anda tidak tahu apa masalahnya.

Punca Rasa Kebas Pada Kaki dan Tangan  Serta Kejang Otot.


Secara ringkas saya simpulkan punca berlakunya kebas dan kejang:

1) Aliran darah yang tidak normal.
2) Tekanan pada sistem saraf
3) Kemungkinan jangkitan virus atau bakteria
4) Kekurangan vitamin dan mineral tertentu terutamanya Vitamin B dan Kalsium.
5) Kemungkinan anda menghidap penyakit kencing manis atau diabetes.
6) Kurang bersenam atau melakukan pergerakan.

Apa Yang Anda Patut Lakukan Jika Kerap Kali Rasa Kebas dan Kejang.


Jika rasa kebas dan kejang itu kerap kali mengganggu rutin harian anda, adalah lebih baik anda melakukan pemeriksaan dan memintapengesahan daripada pegawai perubatan. Ini penting terutamanya jika anda disahkan menghidap penyakit-penyakit tertentu seperti kencing manis atau masalah urat saraf.

Dengan itu, anda akan lebih berhati-hati di dalam aktiviti yang anda lakukan seharian supaya tidak menjadi semakin teruk.

Anda boleh melakukan ujian imbasan, x-ray atau CT scan untuk mengenal pasti masalah anda.

Anda juga boleh melakukan ujian mengenal pasti paras gula dalam darah untuk memastikan anda bebas daripada penyakit kencing manis. Jika anda disahkan sebagai pesakit kencing manis, anda perlu mengubah tabiat anda terutamanya di dalam hal pemakanan.

Sering lakukan senaman dan pergerakan ringan terutamanya jika anda bekerja di pejabat dan banyak menggunakan komputer. Jika anda bekerja berat, pastikan anda mendapat tenaga yang mencukupi daripada makanan harian supaya rasa kebas dan kejang tidak berlarutan.

Paling penting, jagalah pemakanan anda. Sebab pemakanan boleh menyebabkan rasa kebas dan kejang anda bertambah teruk atau semakin pulih.

Pastikan anda mengambil kalsium di dalam jumlah yang terbaik iaitu 1000mg sehari. Sama ada anda mengambil melalui hidangan harian anda seperti sayuran, buah-buahan dan produk tenusu. Atau melalui pengambilan supplement.

Bagaimana Shaklee Membantu Mengurangkan Kebas dan Kejang?


Shaklee sebagai sebuah syarikat nutrisi semula jadi amat berbesar hati menawarkan anda rangkaian produk kesihatan yang dapat membantu meningkatkan taraf kualiti kesihatan dan kehidupan anda.

Apa yang Shaklee tawarkan adalah bantuan melalui supplement tambahan untuk membantu anda mengurangkan dan mengatasi masalah kebas tangan dan kaki serta kejang otot.

Kekurangan kalsium adalah salah satu punca berlakunya masalah anda itu. Maka Shaklee menawarkan beberapa supplement kesihatan berikut untuk membantu anda:

1) OsteMatrix

OsteMatrix menyediakan 250mg kalsium bagi setiap tablet. OsteMatrix juga menyediakan kepada anda Vitamin D, Magnesium, Zinc, Cooper, Manganes dan Boron kesan yang lebih baik. Ini kerana setiap nutrien tersebut mempunyai peranan masing-masing di dalam

OsteMatrix membantu memperbaiki rasa kebas dan kejang serta membantu sistem saraf berfungsi dengan baik. Pengambilan yang terbaik adalah sebelum tidur untuk tujuan menghilangkan rasa kebas dan kejang.

OsteMatrix membantu mengurangkan masalah kebas kaki dan tangan serta kejang
OSTEMATRIX: RM61 | 120 BIJI

2) B Complex.

Pengambilan B Complex untuk memastikan kesihatan fungsi saraf dan aliran darah yang normal. Ia dapat meredakan rasa kebas dan kejang. Ia juga menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga dan seterusnya mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.

B-Complex membantu mengurangkan masalah kebas kaki dan tangan serta kejang
B-COMPLEX: RM53.75 | 120 TABLETS


Supplement Lain Yang Membantu.

Supplement Shaklee lain yang membantu meredakan masalah kebas tangan dan kaki serta kejang otot adalah:



Dengan slogan: “Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam”, Shaklee benar-benar memastikan apa yang menjadi pegangan mereka itu dilaksanakan.

===================
Jika anda berminat mendapat produk Shaklee yang terbaik, yang dijamin selamat,berkesan dan mesra alam, segera hubungi saya untuk khidmat rundingan dan pembelian.
===================

Hafid Sulaiman
SMS/WhatsApp: 013-3727508


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...