Tekanan darah tinggi merupakan punca kepada beberapa masalah lain seperti
sakit jantung, diabetes, strok dan kegagalan buah pinggang. Ramai orang yang
tidak mengetahui bahawa dia menghidap tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi menjadi pembunuh senyap yang menyerang badan anda tanpa ada gejala sehingga
dirasakan sudah terlambat untuk mengatasinya. Tekan darah tinggi dapat dicegah
dan diatasi melalui pemakanan yang seimbang. Bawang putih merupakan makanan
yang sering kali dimasukkan di dalam masakan anda, namun ramai yang tidak
menyedari manfaat bawang putih yang membantu mengatasi tekanan darah tinggi.
Gejala-gejala Tekanan Darah Tinggi.
Punca tekanan darah tinggi disebabkan cara pemakanan dan gaya hidup. Anda
mungkin tidak perasan gejala-gejala yang menunjukkan ada mendapat tekanan darah
tinggi sehingga anda berasa selesa dengan amalan pemakanan dan gaya hidup anda.
Gejala-gejala yang paling biasa seperti mengalami pitam, penglihatan kabur,
berasa tegang, merah muka, hidung berdarah tiba-tiba, sakit kepala waktu pagi,
telinga berdering, rasa gelisah dan gayat.
Ini adalah tanda-tanda amaran awal dan ramai dalam kalangan masyarakat yang
tidak mengendahkannya. Sehinggalah mereka terkena strok sama ada strok kecil atau
strok berdarah.
Kesan sampingan lain disebabkan tekanan darah tinggi adalah saluran darah
anda mengalami kemerosotan dan akhirnya menyebabkan jantung menjadi lemah. Ini
menyebabkan serangan jantung dan diikuti pula masalah-masalah lain pada buah
pinggang dan mata. Masalah ini sangat kronik sehingga boleh membawa kematian.
Renungkanlah risiko strok dan serangan jantung agar anda berubah dengan
mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
Pemakanan yang sihat
Anda menyedari bahawa vitamin dan mineral adalah sangat penting kerana anda
tahu apa akan terjadi tanpanya. Disebabkan itu sebahagian masyarakat berusaha
mendapatkan makanan tambahan bagi memastikan mereka mendapat kesihatan yang
optimum lebih-lebih lagi bagi mencegah penyakit serius seperti tekanan darah
tinggi.
Sebahagian mereka mengambil supplement kesihatan seperti multi vitamin dan multi mineral, kalsium, magnesium, omega 3, Koenzim Q10 (CoQ10), vitamin C dan
B kompleks.
Namun sebahagian masyarakat masih lagi menyoal perlukah mengambil supplement kesihatan tambahan dan
masih berusaha mendapatkan yang terbaik melalui pemakanan yang sihat.
Terdapat juga herba yang dijadikan supplement seperti bawang putih. Bawang putih terbukti berkesan untuk meningkatkan kesihatan jantung dan membantu
mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolesterol yang baik apabila
diambil sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat.
Bagi lelaki, pengambilan bawang putih sangat membantu mengekalkan kesihatan zakar dan menyelesaikan masalah zakar seperti ereksi yang lemah yang berpunca daripada masalah tekanan darah tinggi
Bagi lelaki, pengambilan bawang putih sangat membantu mengekalkan kesihatan zakar dan menyelesaikan masalah zakar seperti ereksi yang lemah yang berpunca daripada masalah tekanan darah tinggi
Bawang Putih Sebagai Supplement Kesihatan
Penyelidikan dilakukan ke atas bawang putih bagi melihat unsur-unsur
penting di dalamnya yang terbukti berkesan untuk menurunkan tekanan darah
tinggi.
Penyelidik mengenal pasti bahawa unsur allicin di dalam bawang putih
merupakan bahan yang membantu mengatasi tekanan darah tinggi. Kajian makmal
menunjukkan yang allicin, mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam
memberikan sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma dalam
mengekalkan tekanan darah dan tahap kolesterol normal.
Cara untuk mendapatkan allicin adalah dengan menghancurkannya sama
ada dengan menghiris atau mengetuk. Namun allicin ini akan hilang atau
berkurangan apabila haba dikenakan ke atasnya.
Disebabkan itu, dicadangkan kepada anda yang ingin mengambil manfaat
daripada bawang putih untuk menurunkan tekanan darah tinggi adalah dengan
memakannya secara mentah selepas menghancurkannya. Tidak perlu mengunyahnya
kerana mungkin anda tidak akan suka dengan bau yang akan ditinggalkan.
Dengan penyelidikan dan teknologi yang semakin berkembang, terdapat banyak
produk bawang putih yang dikeluarkan di dalam bentuk tablet yang digunakan
sebagai supplement kesihatan. Semua ini dibuat untuk membantu anda yang
menghidap tekanan darah tinggi jauh daripada ancaman risiko penyakit yang lebih
kronik.
Tidak ketinggalan dalam hal ini adalah pihak Shaklee yang terkenal dengan
pengeluaran supplement kesihatan yang terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun
dahulu. Shaklee telah mengeluarkan Garlic Complex untuk membantu anda mendapat
kehidupan yang lebih sihat.
Garlic Complex Membantu Mengekalkan Tekanan Darah Normal.
Supplement kesihatan yang dikeluarkan oleh Shaklee membantu orang ramai
untuk hidup sihat. Garlic Complex merupakan salah satu langkah
pencegahan daripada ancaman tekanan darah tinggi.
Shaklee sebagai sebuah syarikat yang berpegang dengan falsafah ‘Hidup Harmoni
Dengan Alam’, hanya akan memilih bahan yang bermutu sahaja untuk penghasilan produk. Pemilihan yang sangat ketat terhadap bahan menjadikan produk ini jenama
terunggul.
Bawang putih yang dipilih adalah sangat berkualiti. Ia bebas daripada racun
perosak yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Cara penanaman yang terbaik
iaitu secara organik dan ia ditanam pada waktu musim panas. Ini semua menjadikan Garlic Complex ekstrak bawang putih terbaik.
Garlic Complex yang dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik
tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% allicin. Apa yang
menariknya, Shaklee menggunakan dwi teknologi untuk mengawal bau bawang putih.
Shaklee menggunakan kombinasi 2 ekstrak herba iaitu Spearmint dan Rosemary. Keduanya
mengandungi bahan untuk meningkatkan sebatian aktif bawang putih dan meningkatkan
keberkesanannya di dalam tubuh. Ia juga bertindak sebagai antioksidan.
Jaminan daripada pihak Shaklee bahawa setiap produk yang dihasilkan
sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam. Shaklee
menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi memastikan ketulenan
dan kebolehan potensi sebenar.
RM47.50 | 60 TABLET |
HELPS RETAIN NORMAL BLOOD PRESSURE
================
Jika anda berminat mendapat produk Shaklee
yang terbaik, segera hubungi saya untuk khidmat rundingan dan pembelian.
================
Hafid Sulaiman
SMS/WhatsApp: 013-3727 508
No comments:
Post a Comment