Sunday 13 December 2015

Kesuburan Lelaki: Apa Yang Menyebabkan Berlakunya Kemandulan





Kehidupan di bandar besar yang penuh mencabar, gaya hidup yang penuh tekanan, emosi tidak stabil dan pola pemakanan yang tidak seimbang, boleh menjurus kepada berlakunya kemandulan dalam kalangan lelaki.


Dalam satu penelitian di Edinburgh University menyatakan bahawa gaya hidup moden boleh memberikan kesan buruk kepda kesuburan lelaki. Tekanan akibat gaya hidup inilah yang boleh merosakkan kesihatan lelaki dan sukar untuk seorang lelaki bergelar ayah.


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemandulan dalam kalangan lelaki.

1) Gerakan Dan Bentuk Sperma Tidak Sempurna.

Sperma mestilah sempurna dan dapat bergerak dengan cepat menuju ke arah telur bagi tujuan pensenyawaan. Jika bentuk, struktur dan gerakannya tidak sempurna, sperma tidak akan dapat menembusi sel telur.



2) Kekurangan Hormon Testostorone

Kekurangan hormon ini boleh mempengaruhi kemampuan prostat dalam mengeluarkan sperma.


3) Jangkitan

Penyakit yang berlaku dalam kalangan lelaki boleh menyebabkan kemandulan kerana terdapat benda yang menghalang laluan sperma ke telur.

4) Masalah Seksual

Ia juga menjadi punca kemandulan. Contohnya disfungsi ereksi, tidak mencapai ejakulasi, sakit ketika hubungan kelamin dan penggunaan minyak tertentu boleh mempengaruhi sperma.


5) Cystic Fibrosis

Ini adalah penyakit yang menyebabkan masalah dalam sistem pernafasan dan penghadaman. Sesetengah lelaki yang mengalami penyakit ini tidak dapat mengeluarkan sperm, walaupun mengangdungi sperma yang cukup.

6) Kanser Prostat

Kanser ini mempengaruhi kemampuan prostat menghasilkan dan menyimpan sperma. Penyakit ini juga sering terjadi kepada lelaki yang berusia antara 18-23 tahun.


7) Penghasilan Sperma Sedikit

Sperma yang normal adalah 20 juta sperma/ml semen. Apabila sperma dihasilkan, hanya 10 juta sperma/ml semen atau kurang, ia menunjukkan lelaki kurang subur. Amat jarang lelaki yang tidak menghasilkan sperma, kurangnya sperma disebabkan pemakaian seluar dalam yang ketat, merokok dan kepenatan.

8) Tidak Ada Semen

Semen adalah cecair yang menghantar sperma. Jika tidak ada semen, tidak akan berlaki ejakulasi. Keadaan ini boleh berlaku disebabkan penyakit yang dialami atau kemalangan yang berkaitan dengan tulang belakang.


Moga Bermanfaat

Hafid Sulaiman


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...