Tuesday 15 December 2015

Manfaat Berjalan Kaki Untuk Kesihatan



Kajian menunjukkan bahawa berjalan kaki dengan cepat dan konsisten adalah salah satu cara terbaik dan mudah untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit. Ia adalah aktiviti yang mudah jika nak dibandingkan dengan aktiviti sukan yang lain yang memerlukan peralatan dan tempat yang sesuai.

Jom kita ketahui, kelebihan dan manfaat berjalan kaki dalam meningkatkan kesihatan seseorang.

Manfaat Berjalan Kaki Untuk Kesihatan


Cegah Serangan Jantung

Berjalan kaki dapat membantu pengaliran darah ke coroner jantung dan membekalkan oksigen yang mencukupi untuk membolehkan jantung berdegup dengan normal.

Selain itu, berjalan kaki juga dapat menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL.

Turunkan Risiko Serangan Stroke

Penyelidikan yang dilakukan terhadap 70 000 pelatih di Harvard School Of Public Health yang bekerja dengan melakukan aktiviti berjalan sebanyak 20 jam dalam seminggu telah berjaya menurunkan 2/3 risiko serangan stroke.

Kekalkan Berat Badan

Dengan berjalan kaki secara rutin, ia dapat membakar kalori dan meningkatkan metabolism dalam badan.

Turunkan Berat Badan

Bagi anda yang mengalami masalah berat badan, anda boleh mencuba aktiviti berjalan kaki secara rutin. Cuba amalkan sekurang-kurangnya satu jam sehari. Ia juga membantu mengawal berat badan dalam masa yang lama.

Postur Badan

Berjalan kaki dapat membantu membentuk badan terutamanya ketika kaki dan tubuh di bahagian bawah bergerak. Ia juga dapat membantu memperkuatkan kaki dan sendi lebih fleksibel.

Cegah Kencing Manis

Menurut National Institute of Diabetes and Gigesive and Kidney Diseases, berjalan kaki 6km per jam dalam tempoh 50 minit, khususnya bagi anda yang berbadan besar, mampu mencegah diabetes.


Cegah Osteoporosis

Gerakkan badan anda sekurang-kurangnya 15 minit waktu pagi untuk mengelakkan ancaman osteoporosis. Dikatakan, mereka yang melakukan gerakan badan sejak dari awal usia sehingga usia 70 tahun dapat membebaskan diri daripada pereputan tulang.

Meredakan Osteoarthritis

Lebih 1/3 daripada mereka yang lanjut usia mengalami masalah osteoarthritis. Tetapi dengan membiasakan diri dengan berjalan kaki atau berjalan di dalam kolam renang, dapat mengurangkan masalah ini.

Dinasihatkan semasa melakukan aktiviti ini, anda perlu memakai kasut yang bersesuaian untuk menjaga dan melindungi bahagian sendi supaya tidak mengalami goncangan yang kuat oleh badan.

Cegah Kanser

Jika anda rajin berjalan sekurangnya dapat mengelakkan anda daripada kanser usus besar. Pergerakan badan ini dapat membantu melancarkan penghadaman usus. Malah, kajian juga mendapati berjalan kaki dapat mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

Tahukah Anda!



- 17 minit berjalan kaki kurangkan depresi sebanyak 41 peratus.
- 17 minit berjalan kaki kurangkan terjadi kanser usus sebanyak 31 peratus
- 18 minit berjalan kaki kurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 36 peratus.
- 21 minit berjalan kaki kurangkan risiko stroke sebanyak 43 peratus
- 30 minit berjalan kaki kurangkan risiko diabetes sebannyak 30 peratus.


Sumber: Majalah Rapi

Moga Bermanfaat untuk anda

Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...