Tahap vitamin C yang rendah telah dikaitkan dengan beberapa
penyakit, termasuklah tekanan darah tinggi, penyakit pundi hempedu, stroke,
sesetengah kanser, dan arterosklerosis, plak lemak menyumbat dalam saluran
darah yang boleh membawa kepada serangan jantung dan stroke. Mendapat cukup
vitamin C daripada diet anda – dengan memakan banyak buah-buahan dan
sayur-sayuran – boleh membantu mengurangkan risiko masalah ini.
Penyakit Jantung
Vitamin C tidak menurunkan paras kolesterol yang lebih rendah atau
mengurangkan risiko serangan jantung secara keseluruhan, tetapi bukti
menunjukkan bahawa ia boleh membantu melindungi arteri terhadap kerosakan.
Beberapa kajian menyarankan bahawa vitamin C, yang bertindak sebagai
antioksidan, boleh melambatkan perkembangan aterosklerosis (pengerasan arteri).
Ia membantu mencegah kerosakan kepada kolesterol LDL (jahat), yang
kemudiannya membina plak pada arteri dan boleh menyebabkan serangan jantung
atau strok. Kajian-kajian lain menunjukkan bahawa vitamin C boleh membantu
menjaga saluran darah yang yang fleksibel.
Di samping itu, mereka yang
mempunyai tahap vitamin C yang rendah mungkin lebih cenderung untuk mendapat
serangan jantung, strok, atau penyakit arteri periferi.
Baca Juga: Kenapa Lelaki Perlukan Vitamin C
Kepentingan AntiOksidan
Secara umumnya nutrien-nutrein antioksidan melindungi jantung
daripada radikal bebas melalui 3 cara:
1- Antioksidan akan meresap radikal bebas sebelum ia dapat
merosakkan lapisan arteri.
2- Antioksidan menghalang reaksi berantai atau kesan ‘domino’
radikal bebas LDL setelah reaksi ini bermula.
3- Antioksidan dapat membendung pengeluaran radikal bebas dengan
menggunakan sel-sel berbuih yang sudah berada di dalam plak dan dengan itu
mencegah kerosakan yang lebih buruk.
Dalam hal ini, beta karotena, vitamin C dan vitamin E memainkan
peranan yang penting sebagai antioksidan.
Vitamin C bergandingan dengan dua vitamin lain dalam membantu
mengurangkan pembentukan plak dalam arteri anda. Molekul LDL adalah sangat
kompleks. Ia mempunyai kompenan berlemak, tetapi seperti mana juga
bahagian-bahagian badan anda yang lain, ia juga mempunyai bahagian yang berair.
Vitamin C bertindak melindungi kawasan yang berair.
Baca Juga: Antioksidan Melawan Radikal Bebas
Pengketulan platelet darah merupakan permulaan bagi kejadian
penggumpalan darah. Platelet mula melekat bersama dan juga kepada dinding
arteri. “Pra gumpalan” yang melekat ini boleh menyumbatkan arteri yang sempit
dan menyebabkan serangan jantung. Kajian ke atas manusia menunjukkan
pengambilan 1000-2000mg vitamin C sehari dapat mengurangkan pengketulan
platelet darah dan kecenderungannya untuk melekat pada dinding arteri. Ini
adalah satu tindakan antioksidan oleh vitamin C.
Baca Juga: Vitamin C Sebagai Antioksidan
Untuk Anda Yang Kekurangan Vitamin C
Vitamin C boleh didapati melalui pemakanan harian iaitu buah-buahan
dan sayuran. Namun kebanyakan kita mengambil ringan akan pemakanan yang sihat
dan seimbang. Maka kita memerlukan supplement tambahan untuk kesihatan kita.
Dapatkan Sustained Release Vita C Plus. Membantu anda mendapatkan
khasiat Vitamin C yang terbaik untuk tubuh anda.
Ia daripada sumber alam semulajadi. Dipercayai sejak lebih 30 tahun
yang lalu, membantu ramai orang memenuhi keperluan Vitamin C harian mereka.
Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah
No comments:
Post a Comment