Marah menyebabkan anda melakukan tindakan diluar jangkaan.
Membaling barang, meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kesat, menghempas
pintu dan lain-lain. Tindakan itu bagi menarik perhatian orang lain supaya
mereka tahu bahawa anda sedang marah.
Bertenang dan banyakkan istighfar dan berta'awwuz. Tahukah anda bahawa kemarahan
itu boleh mengganggu fungsi tubuh anda.
Mari kita lihat sebahagian daripada kesan kemarahan itu kepada
tubuh kita.
Marah Menyebabkan Anda Sakit
Kemarahan yang ada di dalam diri menyebabkan fungsi tubuh tidak berjalan dengan sepatutnya. Berikut beberapa implikasi negatif terhadap kesihatan disebabkan seseorang itu marah.
Otak
Amarah anda itu mampu menjadikan anda seorang yang pelupa. Semakin lama
semakin sukar untuk anda mengingati memori manis dalam hidup. Ini kerana emosi
marah menguasai diri, hormone kortisol dan hormone yang berkaitan dengan stress
yang lain akan dirembeskan dalam kadar yang tinggi. Ia mengakibatkan pusat
memori anda kian mengecut dan kurang fungsinya.
Baca Juga: Urus Stress Anda Dengan Makanan
Jantung
Inilah organ yang paling terjejas dengan emosi anda. Jantung anda
akan diberikan tekanan yang hebat setiap kali anda marah dan meningkatkan lagi
tekanan darah anda. Kesannya jika tidak dikawal, anda mungkin diserang sakit
jantung atau stroke.
Baca juga: Tekanan Darah Tinggi: Pembunuh Senyap
Sistem Imunisasi
Rasa Marah juga mewujudkan perasaan ingin melawan dalam diri
seterusnya membuatkan hormon ‘epinephrine’
dirembeskan. Rembesan dalam kuantiti yang tinggi akan memberikan tekanan pada
sistem imunisasi tubuh membuatkan anda mudah diserang jangkitan dan penyakit.
Baca Juga: Kuatkan Sistem Imun Anda
Mata
Mampu membuatkan penglihatan anda menjadi berganda dan
kadang-kadang anda akan nampak satu garis cahaya mengganggu anda. Gejala ini
juga biasanya akan disertai dengan rasa pening atau migraine. Apabila anda
marah, proses tekanan darah ke otak akan menegang dan inilah puncanya.
Gigi
Adakalanya rasa marah mampu membuatkan anda terasa getaran pada
gigi. Situasi ini adakalanya berlarutan dan boleh berlaku tanpa anda sedari
dalam waktu tidur. Mengetap gigi boleh menyebabkan rahang anda terasa sakit dan
lama kelamaan mampu mengakibatkan gigi patah.
Perut
Apabila marah menguasai fikiran, otak juga akan mengeluarkan bahan
kimia semula jadi iaitu ‘serotonin’ dan ‘acetylcholine’ yang mampu mengurangkan
tekanan darah ke perut anda. Inilah faktor mengapa anda selalu merasa seperti
tidak sedap perut setiap kali dilanda tekanan. Adakalanya tekanan yang anda
alami juga memungkinkan anda mengalami cirit birit secara tiba-tiba.
Banyakkan beristighfar, mohon perlindungan Allah daripada bisikan
syaitan ketika marah.
Anda manusia hebat, jika anda berjaya menahan kemarahan anda.
Moga bermanfaat
Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah
No comments:
Post a Comment