Rempah ratus yang digunakan di dalam masakan harian kita dianggap
sebagai penambah rasa semata-mata. Berbentuk kecil dan sebahagiannya mungkin
tak nampak di dalam masakan kita menyebabkan khasiatnya dipandang sebelah mata.
Kecil-kecil cili api, kecilnya bukan sebarang kecil. Manfaatnya untuk kesihatan
ternyata lebih besar.
Jom kita bongkar enam jenis daripada rempah ratus tersebut.
Baca juga: 9 Herba Terbaik Untuk Sistem Penghadaman
Rahsia Rempah Ratus di dalam Hidangan
Jintan Putih
Secara Tradisinya, jintan putih mempunyai khasiat dalam
pelangsingan. Mengunyah jintan putih dapat membantu meredakan rasa lapar yang
dialami dan mengurangkan ketagihan untuk menikmati makanan manis seperti kek
dan coklat.
Baca juga: Peppermint Ginger Plus
Biji Sawi
Juga dikenali sebagai Mustard Seed. Ada tiga variasi iaitu hitam,
coklat dan putih. Di Malaysia, biji sawi berwarna hitam lebih mudah di dapati.
Kaya dengan kandungan asid lemak Omega 3, kalsium, serat, zat besi, magnesium,
fosfurus, protein, selenium dan niasin.
Selenium adalah antara nutrisi yang dikatakan dapat membantu
mengurangkan risiko asma, arthritis dan tekanan darah rendah. Ia juga mampu
meredakan masalah penghadaman dan mempertingkatkan lagi metabolism tubuh.
Taburkan sahaja di dalam hidangan sayuran, sup atau ke dalam telur
hancur.
Biji Ketumbar
Aromanya sangat membangkit rasa dan mampu memberikan aroma ‘sejuk’
secara semula jadi kepada tubuh.
Sangat kaya dengan kandungan serat, magnesium, flavonoid dan zat
besi. Dapat membantu mempertingkatkan fungsi penghadaman, membantu melancarkan
pernafasan serta kesegarannya dan juga dapat meningkatkan daya fokus.
Jintan Manis
Ia dapat membantu melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan
aliran keluar haid, menggalakkan penghasilan susu badan dan membuang gas dalam
usus.
Caranya adalah dengan mengamalkan minum setengah cawan air rebusanya
setiap pagi.
Selain itu, jintan manis ini juga dapat membantu membuang lemak di
pangkal paha dengan cara rebus jintan manis dengan 5 cawan air sehingga
mendidih, biarkan sejuk. Amalkan meminum air rebusan jintan manis ini pagi dan
petang selama empat minggu.
Lada Hitam
Sangat beraroma dan mempunyai fungsi yang baik dalam memanaskan
tubuh serta melancarkan penghadaman. Kebaikannya sebagai agen anti bakteria
menjadikan ia sangat bermanfaat dalam membantu mengurangkan gejala selesema dan
batuk.
Rasanya yang hangat itu membantu melegakan masalah anda itu.
Campurkan serbuknya ke dalam sup atau gaulkan bersama bubur nasi.
Kulit luar biji lada hitam pula mengandungi zat yang membantu
pelangsingan.
Buah Pelaga
Sangat berkesan dalam membantu mengatasi masalah perut yang tidak
selesa khususnya bagi yang menghadapai masalah angin dalam perut. Juga
bermanfaat membantu proses detoksifikasi. Aroma panas di dalamnya juga membantu
mempertingkatkan aliran darah.
Baca Juga: Halia Melegakan Angin dan Senak Perut
Moga Bermanfaat
Sumber: Majalah Rapi
Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah
No comments:
Post a Comment