Tuesday 8 December 2015

Sikap Sebahagian Lelaki Terhadap Kesihatan




Sedar bahawa manusia itu hanya mempunyai satu tubuh sahaja untuk didiami sepanjang hayat, maka seharusnya seorang lelaki itu menjaga tubuhnya dengan baik. Namun sebahagian lelaki kurang mengambil berat tentang kesihatan diri. Sebahagian lelaki menikmati hidangan yang enak dan lazat namun tidak memberikan apa-apa nilai kepada kesihatan. Bahkan meletakkan mereka sentiasa di dalam risiko diserang penyakit.

Menu makanan yang lebih garam, gula, lemak, meningkatkan kadar kolesterol LDL dan lain-lain masih menjadi kegemaran mereka. Situasi ini menjadi kebiasaan lelaki walaupun mereka sudah mendapat amaran daripada doktor.

Apakah mereka ini merasakan diri mereka kebal daripada penyakit.?


Sikap Lelaki Terhadap Kesihatan


Menurut pakar kesihatan lelaki, Dr Will Courtney, kebanyakan lelaki meninggal dunia lima tahun lebih muda atau lebih daripada wanita.

Beliau memberikan komentar tentang situasi ini dan antara rumusan yang dibuat mendapati bahawa:

- Lelaki cenderung kurang berfikir bahawa mereka mudah terkena penyakit berbanding wanita. Malah lelaki merasakan mereka tidak mudah mendapat penyakit.

- Lelaki sering mengabaikan kesihatan hingga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit. Ini kerana mereka kurang menitikberatkan bahawa mereka tidak mudah terkena penyakit.

- Lelaki kurang bersedia mengubah perilaku yang tidak sihat berbanding dengan wanita.

- Kebanyakan iklan yang dipaparkan sering menyentuh tentang tingkahlaku buruk yang boleh meningkatkan risiko penyakit seperti merokok dan makanan segera. Dan ia banyak melibatkan golongan lelaki bagi memberikan kesedaran kepada mereka.

- Sikap konservatif yang dimiliki oleh lelaki merasakan diri mereka tidak perlu bimbang dan tidak mudah mendapat penyakit.


- Menurut Jean Bonhomme dan bahagian Men’s Health Network mengatakan kebanyakan lelaki telah diajar sejak kecil agar mengabaikan rasa sakit dan menganggap rasa sakit itu akan hilang dengan sendirinya.

- Namun sebenarnya gejala ini boleh memberikan tanda-tanda awal penyakit menjadi progresif, ia akan menjadi lebih bahaya. Dari tahap penyakit yang boleh diatasi menjadi sukar untuk disembuhkan.

- Pendekatan terbaik adalah mengubah pola pemakanan dan sentiasa bersenam untuk kehidupan yang lebih sihat.

Moga Bermanfaat

Sumber: Majalah Rapi


Hafid Sulaiman


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...