Monday 21 December 2015

Pencapaian Shaklee 1915 Sehingga 2015





Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya, Living in Harmony with Nature telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat. Di Shaklee, kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.


Pencapaian Shaklee 1915-2015


1910s

- 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan Vitalized Minerals, salah satu multivitamin pertama di dunia.

1950s

- 1956 Dr. Forrest C. Shaklee mengasaskan sebuah syarikat berteraskan Living in Harmony with Nature yang komited membangunkan produk-produk yang dapat meningkatkan kesejahteraan insan dan bumi ini.

1960s

- Shaklee memperkenalkan Pencuci Organik Pekat Basic-H®, salah satu pencuci tidak beracun dan biorosot.
- Shaklee memperkenalkan Instant Protein

1970s

- 1970 Shaklee memperkenalkan salah satu detergen pakaian biorosot pertama di dunia tanpa fosfat, nitrat atau borat.

1980s

- 1985. Shaklee terpilih oleh ‘Wild Dolphin Project’ sebagai pembekal produk pencuci mesra alam bagi kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka, Stenella. Wild Dolphin Project komited untuk mengkaji habitat ikan lumba-lumba, dan hubungan dengan Shaklee ini terjalin teguh selama 21 tahun.

- 1986. Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk penjelajahan luncur anjing persendirian ke Kutub Utara yang pertama kali direkodkan, dengan diketuai oleh seorang penulis, pendidik dan penjelajah kutub yang telah memenangi anugerah National Geographic bernama Will Steger.

- 1987 Shaklee telah dipilih oleh Jacques Cousteau dan Cousteau Society sebagai pembekal produk pencuci mesra alam bagi kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka, Calypso dan Alcyone.

- 1989 Shaklee membantu membina sekolah dan klinik kesihatan, serta menanam lebih sejuta pokok di Asia dengan kerjasama American Himalayan Foundation, sebuah organisasi yang dipengerusikan oleh Sir Edmund Hillary.

- 1989 Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk penjelajahan trans-Antartik yang diketuai oleh Will Steger. Ia merupakan penyeberangan Antartika yang pertama dengan berjalan kaki, yang meliputi kawasan seluas 3,700 batu. Berikutan ekspedisi ini, Steger membentangkan beberapa isu berkaitan kutub dan persekitaran di hadapan Kongres, serta menjadi salah seorang pengasas Center for Environmental Education (Pusat Pendidikan Persekitaran). 



1990s

- 1990 Basic-H, pencuci Shaklee yang tidak beracun dan mudah biorosot, terpilih sebagai salah satu produk rasmi Hari Bumi yang pertama.

- 1991 Shaklee memperkenalkan Basic-D, salah satu detergen tanpa fosfat yang pertama untuk mesin pencuci pinggan mangkuk automatik.

- 1992 Shaklee Cares, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, telah ditubuhkan bagi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa malapetaka semula jadi seperti taufan dan puting beliung.

- 1995 Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk Projek Artik Antarabangsa ketiga, yang diketuai oleh Will Steger. Ini adalah aktiviti pertama menyeberangi permukaan Lautan Artik seluas 2,500 batu. Ekspedisi ini memberikan maklumat yang amat bernilai tentang isu persekitaran dan perubahan landskap kutub kepada jutaan kanak-kanak sekolah di seluruh dunia.

- 1996 Produk pencuci mesra alam Shaklee dipilih oleh Ocean Alliance dan Whale Conservation Institute untuk digunakan di atas Odyssey, sebuah kapal penyelidikan yang mengumpul data mengenai bahan-bahan cemar di seluruh lautan dunia. Hubungan ini berterusan hingga ke hari ini.

- 1998 Shaklee menjadi Charter Partner dalam program Climate Wise anjuran EPA Amerika Syarikat, yang mensasarkan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau secara agresif.

2000s

- 2000 Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yang memperoleh pensijilan Climate Neutral™ dan mengimbangi sepenuhnya pelepasan CO2 dalam semua aktivitinya.

- 2000 Shaklee membuka Ibu Pejabat Dunia miliknya, salah satu bangunan hijau pertama di dunia yang mampu menjimatkan tenaga dengan cekap dan memenangi anugerah. Ia dibina dengan menggunakan bahan-bahan daripada sumber yang berkekalan termasuk kayu yang diiktiraf mampan, karpet dan plastik kitar semula. Pada 2001, Shaklee telah dianugerahi Savings by Design Energy Efficiency Integration Award oleh Institut Arkitek Amerika.

- 2005 Shaklee menjadi rakan kerjasama utama Green Belt Movement, yang diasaskan oleh Dr. Wangari Maathai, pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2004.

- 2006 Dr. Wangari Maathai menjadi Duta Global untuk Sejuta Pokok, Sejuta Impian™, kempen alam sekitar Shaklee yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim global dan merintis usaha penanaman pokok di Amerika Utara dan Afrika.

- 2006 Buat julung-julung kalinya, sempena ulang tahun syarikat ke-50 di San Francisco, Shaklee menganjurkan persidangan peneutralan karbon melalui inisiatif pengimbangan pelepasan gas rumah hijau. Ia dihadiri oleh kira-kira 10,000 peserta.

- 2006 Shaklee terpilih sebagai Climate Leader EPA A.S., yang berazam untuk mengekalkan impak sifar bersih terhadap perubahan iklim dan mengimbangi pelepasan gas rumah hijau sebanyak 100% sehingga tahun 2009.

- 2006 Kepimpinan Shaklee dalam mengimbangi pelepasan karbon dengan mewujudkan tenaga boleh diperbaharui di Afrika telah mendapat pengiktirafan Presiden Bill Clinton dan Clinton Global Initiative.

- 2007 Shaklee menjadi ahli pengasas Business Council on Climate Change, sebuah organisasi perniagaan yang menjadi inspirasi dan model pemuliharaan global dengan pelaksanaan pelbagai usaha yang berkesan dan menjimatkan bagi menangani krisis perubahan iklim.

- 2007 Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk ekspedisi GlobalWarming101.com yang diketuai oleh penjelajah kutub Will Steger. Ekspedisi serba canggih ini merangkumi satu kempen pendidikan yang ekstensif untuk meningkatkan kesedaran para pelajar di seluruh Amerika mengenai kesan perubahan iklim global terhadap lima komuniti Inuit di Artik.

- 2007 Shaklee menjadi syarikat produk pengguna yang pertama berjaya mengimbangi 100% pelepasan gas CO2 melalui program Climate Leader EPA dan menggunakan 100% tenaga hijau.

- 2007 Shaklee dipilih oleh kumpulan sokongan kanak-kanak terkemuka negara, Healthy Child Healthy World, sebagai rakan eksklusif untuk sebuah video baharu bertajuk “Creating Healthy Environments for Children (Mewujudkan Persekitaran yang Sihat untuk Kanak-Kanak).”

- 2007 Shaklee dipilih oleh penerbit THE 11th HOUR, sebuah filem dokumentari yang disampaikan oleh Leonardo DiCaprio, sebagai rakan kongsi atas kecemerlangan prestasinya dalam menerajui penjagaan alam sekitar.

- 2007 Shaklee bekerjasama dengan Dr. Jeffrey Sachs dan Earth Institute di Universiti Columbia untuk membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau secara langsung dengan membiayai pemasangan lampu LED berkuasa solar di Malawi. Projek pemasangan ini menggantikan penggunaan lampu sumbu minyak tanah iaitu sumber tenaga yang memudaratkan dan tidak cekap dengan sumber mampan yang lebih baik untuk membaca dan tugas harian penduduk kampung di Malawi.

- 2008  Shaklee disenaraikan sebagai salah satu daripada 20 Rakan Niaga Runcit Terbaik oleh Green Power Partnership EPA bagi mengiktiraf sumbangannya sebagai pembeli utama tenaga hijau.

- 2009 Shaklee dianugerahi Clean Air Award oleh Breathe California bagi menghargai kepimpinannya dalam mengurangkan pemanasan global dan meningkatkan kualiti udara.

-   2009 Shaklee dianugerahi Business Environmental Award for Sustainability dari Acterra: Action for A Healthy Planet atas usaha-usahanya dalam pemuliharaan alam sekitar, kepimpinan tindakan kelestarian iklim dan kesamaan taraf sosial.

2010s

- 2010 Shaklee mematuhi 100% protokol neutral karbon. Inventori rumah hijau bagi tahun 2010 meliputi semua operasi Shaklee di seluruh dunia termasuk AS, Kanada, Jepun, China, Mexico, Malaysia dan Taiwan, telah disemak oleh pihak ketiga, WSP Environment & Energy, mengikut protokol Greenhouse Gas bagi semua gas rumah hijau yang didefinisikan oleh protokol Kyoto.

- 2011 Shaklee sekali lagi mematuhi 100% protokol neutral karbon. Inventori rumah hijau bagi tahun 2011 meliputi semua operasi Shaklee di seluruh dunia termasuk AS, Kanada, Jepun, China, Mexico, Malaysia dan Taiwan, telah disemak oleh pihak ketiga, WSP Environment & Energy, mengikut protokol Greenhouse Gas bagi semua gas rumah hijau yang didefinisikan oleh protokol Kyoto.

- 2012 Shaklee mematuhi 100% protokol neutral karbon untuk tiga tahun berturut-turut. Inventori rumah hijau bagi tahun 2012 meliputi semua operasi Shaklee di seluruh dunia termasuk AS, Kanada, Jepun, China, Mexico, Malaysia dan Taiwan, telah disemak oleh pihak ketiga, WSP Environment & Energy, mengikut protokol Greenhouse Gas bagi semua gas rumah hijau yang didefinisikan oleh protokol Kyoto.

- 2014 Shaklee telah menjimatkan sehingga 1 juta gelen air di ibu pejabatnya yang terletak di California, penambahbaikan yang dilakukan dari bangunan dan prasarana kami.

- 2015 Pusat Inovasi Forrest C. Shaklee yang indah membuka pintu di kemudahan 16,000 kaki persegi, peralatan saintifik paling maju, di mana ahli-ahli sains Shaklee akan terus membangunkan produk-produk inovatif untuk menjadikan dunia ini ruang yang lebih baik dan lebih sihat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...