Thursday 3 December 2015

Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit



 
Sakit..??  Jangan sekali-kali melupakan Allah. Allah adalah penyembuh bagi segala penyakit.

Mari kita amalkan apa yang Nabi Salla Allah ‘alayh wa sallam ajarkan kepada kita.

Mulakan dengan Istighfar memohon keampunan daripada Allah. Moga sakit yang kita sedang tanggung menghapuskan dosa kita.




Bacaan dan perbuatan apabila tubuh merasa sakit;

“Letak tangan di tempat sakit kemudian baca:

بِسْمِ اللهِ.

“Bismillah” tiga kali, dan baca tujuh kali:

أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ، مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وأُحَاذِرُ

“Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan yang aku dapati dan aku takuti” [HR: Muslim].

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.

Bacalah dengan penuh pengharapan kepada Allah.

Jangan baca sekali sahaja atau satu hari sahaja, bacalah setiap masa ketika ketika sakit. Moga tidak putus harapan kita kepada Allah.


Moga Bermanfaat

Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...