Ali seorang pelajar ijazah kedoktoran
dalam bidang ekonomi di sebuah universiti tempatan. Rutin hariannya yang sibuk
dengan tugasan harian sebagai seorang pelajar PHD ditambah pula dengan
tanggungjawab beliau sebagai ketua keluarga sering kali menimbulkan stress.
Menghadap komputer setiap hari, membaca
buku, jurnal, kertas-kertas kerja, dan perlu menghadamkan banyak teori baru
serta melakukan kajian lapangan menambah stress.