Monday, 30 June 2014

Sakit Kepala dan Migrain Yang Mengganggu Urusan Harian

Atasi migrain dan sakit kepada dengan B Complex dan Ostematrix

Ali seorang pelajar ijazah kedoktoran dalam bidang ekonomi di sebuah universiti tempatan. Rutin hariannya yang sibuk dengan tugasan harian sebagai seorang pelajar PHD ditambah pula dengan tanggungjawab beliau sebagai ketua keluarga sering kali menimbulkan stress.

Menghadap komputer setiap hari, membaca buku, jurnal, kertas-kertas kerja, dan perlu menghadamkan banyak teori baru serta melakukan kajian lapangan menambah stress.

Kurang bergerak, kurang melakukan senaman, kurang mengambil makanan berkhasiat, tidak menjaga waktu makan dan tidak menjaga waktu tidur sehingga kekurangan rehat menimbulkan masalah kepada beliau.

Perkara yang sering terjadi disebabkan rutin hariannya adalah sakit kepala atau migrain. Ia sangat mengganggu tugas beliau.

Kenapa terjadi???


Bagaimana atasi migrain

Sakit kepala atau migrain melibatkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Kebiasaannya perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan.

Apabila saluran yang menguncup itu mengembang, ledakan darah dengan tiba-tiba mencetuskan rasa sakit yang kuat. Terjadilah sakit kepala atau migrain.

Mungkin sebahagian daripada anda selalu merasainya. Saya pun sama.

Migrain dikesan menerusi denyutan, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala. Huh, sakitnya bukan kepalang. Tak boleh nak buat kerja lain. Berdiri je, rasa nak jatuh. Baring je lah jawabnya.

Antara faktor terjadinya sakit kepala dan migrain ialah kekurangan zat dan nutrisi. 

Mungkin disebabkan pemilihan makanan yang tidak berkhasiat. Dan mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat atau terlalu banyak pengambilan kafein.

Jaga pemakanan anda, anda insya Allah selamat daripada diancam sakit kepala atau migrain.

Bagaimana Ali mengatasi cabaran hidup ini.???


Untuk mengatasi sakit kepala atau migrain, Ali cuba untuk mengambil tuala lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala dan leher bahagian belakang.

Kadang-kadang sakit kepala itu berlaku di bahagian mata. Untuk itu, Ali akan ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Dia mengulanginya beberapa kali. Cara ini boleh melegakan sakit kepalanya untuk beberapa ketika.

Kadang-kadang apabila dia merasakan sakit kepala atau migrain ketika menghadap komputer, beliau akan cuba berehat, dan luangkan masa dengan berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan.

Ali membuat keputusan yang baik apabila dia menolak untuk mengambil pil penahan sakit atau pil-pil yang boleh mengurangkan sakit kepala atau migrain.

Satu keputusan yang bijak sebab dia tahu keburukannya. Mengambil ubat penahan sakit seperti panadol dan seumpamanya hanya akan melegakan sakit tersebut sekejap sahaja.

Tetapi kesan buruk akan dapat dilihat pada hari-hari kemudian.

Apa yang beliau lakukan adalah mengambil ubat-ubatan semula jadi daripada petua-petua orang-orang dahulu.

Ali menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah.

Kulit limau pula boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan kemudian jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan. Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi kemudian tidur seketika.

Itulah sebahagian daripada apa yang dilakukan oleh Ali oleh mengurangkan sakit kepala dan migrain beliau.

 Tips Tambahan Untuk Mencegah Sakit Kepala dan Migrain..


#1. Banyakkan pergerakan tubuh. Pergerakan yang banyak akan memastikan darah mengalir dengan baik di dalam tubuh kita.

#2. Tidur yang cukup.

#3. Minum air mineral atau kosong dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 2 liter. 3 liter lagi bagus. Bagus untuk mengeluarkan toksin dalam badan.

#4. Ikut jadual makan, jangan berlapar, cubalah untuk makan makanan ringin yang berkhasiat untuk memastikan kandungan gula dalam darah mencukupi untuk kita terus bekerja.

#5. Ambil supplement tambahan yang semula jadi untuk memastikan kandungan nutrien di dalam badan mencukupi untuk anda kekal sihat. Seperti Vitamin B kompleks, vitamin C, Vitamin D, magnesium, kalsium dan potassium.

Bagaimana Shaklee Membantu Mengurangkan Sakit Kepada dan Migrain


Shaklee sebagai sebuah syarikat nutrisi semula jadi sangat gembira apabila dapat menawarkan rangkaian produk kesihatan yang dapat membantu anda meningkatkan kesihatan anda.

Produk Shaklee berikut boleh membantu anda jika mengurangkan sakit kepada dan migrain:

1) B-Complex 

Ia sangat membantu untuk memastikan aliran darah anda normal. Ia juga merupakan vitamin anti stress yang yang dapat urus dan kurangkan stress anda.

2) OsteMatrix 

Ia membantu anda memenuhi keperluan kalsium dan magnesium serta beberapa nutrien lain yang membantu anda mengekalkan kesihatan anda.

3) Sustained Release Vita C Plus

Ia adalah antioksidan yang bagus dan sangat baik untuk anda urus stress anda.


===================

Terima kasih kerana membaca perkongsian ini.

Jika anda suka, anda boleh share dengan orang lain sebagai perkongsian yang bermanfaat.

Dengan slogan: “Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam”, Shaklee benar-benar memastikan apa yang menjadi pegangan mereka itu dilaksanakan.

===================
Jika anda berminat mendapat produk Shaklee yang terbaik, yang dijamin selamat,berkesan dan mesra alam, segera hubungi saya untuk khidmat rundingan dan pembelian.
===================

Hafid Sulaiman
SMS/WhatsApp: 013-3727508

Kesihatan Adalah Anugerah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...