Thursday, 5 June 2014

Sumber Tenaga Untuk Lelaki Hebat



Untuk menambah tenaga, seseorang lelaki hebat memerlukan tidur yang mencukupi, sentiasa bersenam dan makanan yang menjadi sumber tenaga. 

Makanan yang menjadi sumber tenaga sangat penting untuk kita kekal bertenaga sepanjang hari untuk menjadi lelaki hebat. Gabungan makanan yang memenuhi nutrien keperluan badan membantu kita untuk sentiasa sihat dan mendapat berat badan yang baik. 

Karbohidrat, protein dan lemak/lipid adalah makanan yang membekalkan sumber tenaga utama kepada kita.

Karbohidrat.

Karbohidrat biasanya dikenali sebagai kanji dan gula. Karbohidrat mudah didapati daripada sumber bijirin, beras, roti, sayuran dan buah-buahan. Di Malaysia, makanan seperti Nasi, gandum, gula dan ubi menjadi sumber utama makanan atau makanan ruji. Karbohidrat membekalkan sebanyak 60 Peratus daripada keperluan makanan.

Karbohidrat menghalang penggunaan nutrien lain seperti lemak dan protein bagi penghasilan tenaga. Jika berlaku kekurangan karbohidrat, asid amino daripada protein atau lemak ditukar kepada glukosa bagi membekalkan tenaga kepada badan.

Protein

Ikan, ayam, telur daging dan hasil tenusu adalah contoh makanan yang membekalkan sumber protein. Protein diperlukan oleh badan untuk membina struktur badan, membina dan mengekalkan tisu badan dan diperlukan bagi menghasilkan enzim, hormon dan semua antibodi.

Protein juga bertindak sebagai ejen pengangkut garam galian, vitamin larut lemak, kolesterol, lemak dan oksigen ke seluruh badan.

Related: Protein Untuk Tenaga Sepanjang Hari

Lemak

Banyak kajian yang mengaitkan pengambilan lemak dengan masalah kegemukan dan penyakit kronik yang lain seperti tekanan darah tinggi, jantung dan kanser.
Namun, pengambilan lemak dalam hidangan makanan adalah satu kewajipan menurut pakar pemakanan. Ini kerana lemak juga memainkan peranan penting bagi menentukan tahap kesihatan individu. Cadangan pengambilan lemak adalah sebanyak 30 % atau kurang daripada jumlah keseluruhan pengambilan kalori dalam sehari.

Lemak diperlukan untuk mengoptimumkan suhu badan individu supaya sentiasa kekal pada 37°C. Ia bertindak sebagai penebat yang menghalang berlakunya kejutan perubahan pada suhu persekitaran. Ia juga diperlukan untuk melindungi organ-organ di dalam tubuh kita daripada kerosakan apabila berlaku hentakan.

Jadilah lelaki hebat yang bertenaga sepanjang hari

Oleh sebab itu, seseorang lelaki perlu memastikan apa yang dimakan pada waktu sarapan, tengah hari dan malam dapat membekalkan dan menjadi sumber tenaga yang mencukupi untuk aktiviti harian.

Jadual kerja yang padat sering kali mengganggu seseorang lelaki hebat untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat sepanjang hari. Dan kadang-kadang dia tidak mampu untuk mengikut jadual makan yang sepatutnya sehingga akhirnya mengganggu kesihatan walaupun tidak disedari. 

Tidak dapat dinafikan juga, kekurangan tenaga juga mengganggu prestasi dan produktiviti kerja terutama bagi mereka yang melakukan kerja berat yang memerlukan banyak aktiviti fizikal.

Sarapan di awal pagi adalah sangat penting untuk lelaki hebat yang bekerja. Jangan abaikannya walau sesibuk mana sekalipun seorang lelaki itu.

Lelaki hebat juga boleh mencuba beberapa makanan tambahan yang sesuai yang dapat disediakan dengan cepat yang memenuhi keperluan tenaga harian anda. 

Makanan tambahan yang digabungkan dengan vitamin dan mineral juga sangat bagus untuk seseorang lelaki hebat memastikan badannya cukup bertenaga untuk menghadapi hari-harinya yang sibuk.

<<<<>>>>

Adakah anda perlukan makanan tambahan yang menjadi sumber tenaga untuk anda kekal sihat dan prestasi kerja anda meningkat???

Kami akan membantu anda untuk menjadi lelaki hebat yang mengambil sumber tenaga daripada makanan yang terbaik…

Hubungi:

Hafid Sulaiman
013-3727.508 
FB Page: Produk Kesihatan Lelaki Perkasa

Supplement Lelaki 4u

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...