Saturday, 28 June 2014

Bersahur Dengan Makanan Berkhasiat Untuk Tenaga Sepanjang Hari.


Ramadan al-Mubarak…

Esok 1 Ramadan… Hari Ahad… Bersediakah kita untuk menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini???

Persiapan rohani dan jasmani sangat penting..

Pastikan juga kita mempunyai ilmu yang cukup untuk menjalani ibadah.

Ibadah mesti ikut apa yang diajar oleh Nabi salla Allah 'alayh wa sallam.. Puasa Nabi macam mane? Qiyam Nabi macam mana? Iktikaf Nabi macam mana? Semuanya perlu kita rujuk kembali supaya amalan kita bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh Islam.


Perkara-perkara sebegitu anda boleh search di internet, cari sumber yang berautoriti atau nak lebih autoriti carilah guru yang murshid, ikut jalan salaf al-Soleh.

Tapi saya nak kongsi di sini tentang persediaan jasmani.

Bersahur itu penting.


Bersahur pun kena ikut sunnah. Jangan terlalu awal sangat.  Sunnah untuk kita mengakhirkan sahur.

Nak sahur dengan apa???

Ya, sudah pasti yang terbaik adalah dengan buah tamar. Ia memberikan tenaga segera dan dapat menyimpan tenaga sehingga petang. Memang telah terbukti dengan kajian saintifik.
Tahu tak apa kandungan kurma?

Kurma mengandungi protein lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. 

Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta.

Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Itulah sebabnya Nabi suruh kita berbuka dengan buah kurma. Mudah lepas tu nak buat ibadah.

Ubah hidangan sahur untuk kelainan.


Biasanya, kita makan nasi untuk sahur. 2 pinggan, 3 pinggan nasi dengan lauk yang mengandungi kalori tinggi… Apa jadi.??...  lepas tu nak solat subuh terasa berat,  lepas subuh sambung tidur, rugilah tak buat amal ibadah. Malas nak mengaji dan berzikir..

Betul tak makan nasi banyak ketika sahur menyebabkan anda mengantuk...???

Mesti ada pengalamankan???

Rugi, rugi, rugi…

Kita perlu berubah untuk kelainan. Supaya kita menjadi lebih hebat pada Ramadan kali ini.
Mulakan perubahan dengan cara kita bersahur..

Pilihlah makanan yang memberikan kita tenaga berpanjangan, menjadikan kita rasa kenyang, otak kita cerdas, penumpuan kita pada tahap yang terbaik, dan kita akan sentiasa kekal aktif sehingga berbuka.

Ya, kekal aktif dan bertenaga untuk buat ibadah dan bekerja… Pilihlah makanan yang berkhasiat dan memberikan tenaga semasa bersahur.

Cadangan saya untuk bersahur dengan makanan yang berkhasiat, bertenaga sepanjang hari..


Makan buah-buahan seperti kurma.

Lepas tu, ambil protein soya ESP ditambah dengan Mealshake ditambah dengan Performance.

Atau boleh pilih mana-mana kombinasi seperti ESP + Performance atau Mealshake + Performance. Atau hanya mengambil ESP sahaja.

Ia sangat mudah untuk disediakan. Hanya memerlukan 2-3 minit sahaja.

Ringkas dan sangat praktikal.



InsyaAllah, kita akan dapat makanan yang berkhasiat yang memberikan kita tenaga semasa berpuasa..

Kekal aktif dan bertenaga untuk beribadah dan bekerja sepanjang hari.

Kalau nak berbuka dengan kombinasi yang sama juga amat baik.

Tak la rasa berat untuk beribadah di malam hari.

Jom kejar pahala di bulan Ramadan ini..

Permulaan yang baik, mampu menatijahkan pengakhiran yang terbaik juga.

Sedikit perubahan, menjadikan Ramadan anda lebih bermakna.

Saya sudah cuba, anda bagaimana??





Nak berubah juga, hubungi saya..

Terima kasih kerana membaca perkongsian ini...

Hafid Sulaiman
Sms/WhatsApp: 013-3727508
Email: hafidsulaiman85@gmail.com
Facebook: hafid sulaiman
Page: Kesihatan Lelaki 4u

Supplement Lelaki 4u

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...