Tuesday, 24 June 2014

Mereka Terancam Obesiti



Terancam obesiti

Selepas setahun bekerja, Zaid telah menyimpan semua bajunya yang dipakai semasa setahun bekerja. Seluar yang dibelinya untuk masuk bekerja pada hari pertama bekerja tidak lagi muat. Begitu juga dengan bajunya.

Padahal, setahun yang lalu, pemuda berumur 25 tahun ini, bertubuh kurus dan mudah untuk bertukar-tukar fesyen.

Kini, semua itu telah berlalu kerana dirinya kini memiliki berat badan yang berlebihan dengan dagunya yang berlipat, pinggang yang berisi dan perut yang buncit. Ya, dia terancam obesiti.


Mereka Terancam Obesiti


Mari tengok rutin harian Zaid di pejabat selama setahun terakhir. Pagi-pagi lagi sepinggan penuh nasi dan lauk-pauk lengkap dengan teh manis yang dipesan di kantin pejabat. 

Kadang-kadang singgah di kedai mamak, makan roti canai atau nasi lemak berserta teh tarik.

Makan tengah hari dia menyantap sepiring nasi dan lauk pauk dan segelas jus buah-buahan. Menjelang petang, semangkuk mi sup menjadi makanan sampingan.

Sebagai staf akaun, Zaid bekerja dengan tidak berganjak dari kerusi. Jika bergerak, hanya untuk mengambil air minuman atau pergi ke tandas. Jadual bermain futsal yang sering diikuti sebelum ini setiap minggu kini lebih banyak ditinggalkan. 

Dia lebih banyak menghabiskan waktunya di belakang meja. Akhirnya dia obesiti.

Apa Yang Anda Perhatikan


Bila melihat rutin harian Zaid, sudah pasti masalah kegemukan dan obesiti berpunca daripada dirinya sendiri.

Kegemukan muncul kerana tidak ada keseimbangan dalam tenaga yang masuk dengan tenaga yang keluar.

Jika diibaratkan sebuah timbang, tenaga yang masuk berupa kandungan makanan yang ada di satu sisi bandul. Pada bandul lain pula, tenaga keluar antaranya berupa aktiviti fizikal sebagai saluran pengeluaran tenaga utama dari keseluruhan pengeluaran tenaga.

Ketika jumlah kandungan makanan lebih banyak daripada tenaga yang dikeluarkan, berlakulah kelebihan tenaga yang disimpan di dalam tubuh yang berbentuk lemak.

Sedarkah anda bahawa obesiti memberikan banyak ancaman penyakit kepada anda. Anda boleh baca tulisan tentang Ancaman Penyakit Ke Atas Lelaki Obesiti.


Berubah Untuk Kehidupan Yang Lebih Sihat


Peningkatan kes obesiti antaranya disebabkan oleh minimumnya aktiviti fizikal. Dahulu nenek moyang kita perlu berburu untuk memperoleh makanan. Tenaga yang masuk ke dalam badan digunakan. 

Namun kini hanya dengan mengangkat telefon sahaja, makanan datang dan terhidang di hadapan anda.

Mudah dan praktis.

Disebabkan obesiti merupakan penyakit disebabkan gaya hidup, maka untuk mengatasinya pun hendaklah dengan gaya hidup.

Ya, itulah jawapannya.

Jika anda rasa anda obesiti, maka mulakan perubahan gaya hidup anda.

Anda berubah, obesiti pergi dan tak kembali.

Anda malas, obesiti tidak akan pergi dan penyakit lain akan datang.

Terima kasih kerana membaca perkongsian ini.

TAHUKAH ANDA!!?? Obesiti boleh dicegah dengan pengambilan protein yang sihat?? KLIK UNTUK INFO LANJUT.

Menulis untuk kita sedar:

Hafid Sulaiman

Facebook: hafid sulaiman

Supplement Lelaki 4u

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...