Monday 2 June 2014

Vitamin C: Kenali dan Ketahui




Vitamin C adalah vitamin larut air juga dikenali sebagai Ascorbic Acid. Ia amat diperlukan oleh badan manusia kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi oleh badan manusia.
 .
Vitamin C boleh diambil daripada sumber semulajadi (dari makanan) ataupun yang disintesis (L – Ascorbic Acid). Ia adalah sama secara kimianya dari segi fungsi di dalam tubuh badan manusia untuk keperluan fungsi biokimia badan.

Baca Juga: Kenapa Lelaki Ambil Supplement Vitamin C
 

Sejarah Vitamin C


Pada tahun 1747, Dr James Lind, seorang doktor telah membuat kajian bahawa pelaut yang diberi makan buah oren dan lemon tidak akan mendapat penyakit skurvi ini. Hasil kajian beliau ditulis di dalam bukunya ‘The Treatise of the Scurvy’ pada tahun 1753. Seperti biasa nasihat beliau tidak dipedulikan sehinggalah beliau meninggal dunia.

(*Penyakit "Skurvi" adalah disebabkan kekurangan vitamin C dalam badan. Pengidap penyakit ini akan mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi.)

Hanya pada tahun 1795 barulah angkatan laut British mewajibkan pelaut-pelautnya memakan buah oren dan lemon untuk mencegah skurvi sehinggakan mereka di gelar ‘limey’. Mereka yang Ingkar boleh dikenakan hukuman yang berat.

Dalam tahun-tahun yang berikutnya vitamin C semakin menjadi tumpuan ahli sains kerana penonjolan yang dibuat oleh seorang saintis yang amat terkenal iaitu Professor Dr Linus Pauling. Beliau telah memenangi hadiah nobel sebanyak dua kali (yang pertama dalam bidang biokimia dan keduanya untuk keamanan/peace). Oleh sebab itu beliau amat terkenal dalam dunia sains. Beliau telah menulis buku yang bertajuk ‘Vitamin C and the Common Cold’ .

Dalam dua dekad yang terkini fungsi vitamin C sebagai anti oksida lebih banyak dikaji dan hasil kajian menunjukkan kehebatan vitamin C sebagai antioksidan.

Selain dari itu vitamin C juga mempunyai lebih dari 200 fungsi-fungsi lain dalam proses biokimia tubuh manusia. Prof. Dr Linus Pauling yang telah meninggal dunia pada tahun 1994 pada usia 93 tahun.

Beliau juga telah menulis buku bertajuk ‘Cancer and Vitamin C’ berdasarkan kajian yang dilakukan bersama dengan Dr Ewan Cameron, ahli perubatan dari Scotland.

Baca Juga: Kenapa Vitamin C Penting Untuk Anak-Anak

Antara Fungsi  Vitamin C


(a) Sebagai Anti Oksidan yang penting.

Baca Juga: Vitamin C Sebagai Antioksidan

(b) Pemulihan luka dan melecur.

(c) Pembinaan Kolagen dalam badan.

(d) Membantu tumbesaran tisu tubuh manusia.

(e) Membantu penghasilan hormon.

(f) Membantu penghasilan protein untuk sistem imuniti tubuh.

(g) Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk.

(h) Membantu mengurangkan kolesterol darah LDL dan menambah kolesterol HDL (baik).

Baca Juga: Kesihatan Jantung Dan Vitamin C

(i) Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah).

(j) Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab.

(k) Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah.

(l) Mencegah penyakit katarak (cataract) mata.

(m) Membantu mengawal tekanan darah tinggi.

(n) Membantu mengawal dan mengurangkan selesema.

Credit: Dr Norman 

Bolehkah kita memenuhi keperluan Vitamin C kita???


===============

Hubungi kami untuk mendapatkan supplement kesihatan anda yang semula jadi, selamat dan insya-Allah berkesan. 

Hafid Sulaiman




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...