Tuesday, 24 June 2014

Kentang Goreng, Sedap Dimakan, Bahaya Untuk Kesihatan.

Kentang goreng bahaya untuk kesihatan


Kentang goreng, siapa yang tidak sukakannya. Lebih-lebih lagi kalau ia rangup dan garing. Ditambah pula dengan perasa yang membangkitkan selera. Kalau anda pergi ke restoran makanan segera yang mudah ditemui di mana-mana, antara pesanan makanan yang wajib ada adalah kentang goreng.

Ia cepat disediakan, sedap, siapa sahaja akan menikmatinya. Tetapi tahukah anda,  biasanya makanan yang disediakan secara cepat, menyebabkan anda cepat gemuk. Dan bahaya untuk kesihatan.

Kentang Goreng Dan Kesannya Kepada Kesihatan


Sebuah kajian yang dilakukan selama 15 tahun di US, memperlihatkan makanan segera sudah menjadi kebiasaan daripada kehidupan moden terbukti berkait positif terhadap peningkatan obesiti. Anda boleh baca ancaman penyakit terhadap mereka yang obesiti di sini.

Orang yang terbiasa makan di restoran segera, minimum 2 kali seminggu umumnya memiliki berat badan berlebihan sebanyak 4-5 kg daripada yang tidak makan di restoran segera. Hidangan yang biasa di restoran seumpama ini adalah kentang goreng.

Kentang goreng terasa rangup dan garing, sehingga mendorong orang ramai untuk memakan lebih banyak, melebihi keperluan. 

Minyak goreng membuatkan kentang goreng menjadi rangup sehingga pengambilan kentang goreng tiga kali lebih banyak daripada kentang rebus.

Ada Apa Dengan Kentang Goreng


Kentang adalah makanan yang kaya dengan karbohidrat. Ketika digoreng, maka karbohidrat ini akan terurai dan bertindak balas dengan asid amino menghasilkan akrilamida. Ini adalah sebatian karsinogen (penggalak kanser).
Akrilamida adalah sebatian  organik dengan rumus kimia C5H5NO. 

Sebatian  ini terdapat  pada bahan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti jagung, kentang, dan tepung yang disajikan dengan cara  digoreng, dipanggang, atau dibakar pada suhu melebihi 120 darjah celcius.

Sejumlah makanan  seperti kerepek kentang, atau produk berbahan kentang lain, seperti kentang goreng, cereal (produk sarapan pagi), produk-produk bakery (roti bakar), dan produk yang diperbuat daripada  jagung atau tepung jagung, dipercayai  meningkatkan  akrilamida dalam kandungan. 

Hal ini terjadi kerana cara penyediaannya yang  memerlukan suhu tinggi dan waktu cukup lama, apatah lagi  makanan tersebut akan mengalami perubahan warna kepada kecoklatan atau keperang-perangan.

Akrilamida akan muncul apabila makanan digoreng atau dibakar. Satu hidangan kentang goreng yang dipanaskan pada suhu 220 darjah celcius mengandungi 2500 mikrogram akrilamida. Jumlah sebanyak itu pada tikus kajian menimbulkan mutasi gen.

Buat Sendiri 


Langkah paling sesuai mengambil kentang goreng ialah dengan membuatnya sendiri. Sehingga suhu minyak boleh dikawal. Semakin rendah suhu minyak, kian sedikit akrilamida yang terbentuk. Semakin banyak minyak yang digunakan maka semakin kecil risiko kandungan akrilamida pada minyak tersebut.

Ya cara masak itu penting untuk memastikan apa yang anda makan itu terbaik…

Atau anda juga boleh mencuba makan kentang rebus. Lebih baik berbanding kentang goreng.

Terima kasih kerana membaca perkongsian ini… Saya menghargainya.

Hafid Sulaiman

Facebook: hafid sulaiman
Page: Kesihatan Adalah Anugerah

Supplement Lelaki 4u

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...