Obesiti
sudah menjadi masalah popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kesedaran
untuk mencegah obesiti harus dipertingkatkan sesuai dengan peredaran zaman.
Lelaki obesiti harus berwaspada daripada ancaman penyakit yang pelbagai. Bagi
mereka yang BMInya masih lagi di tahap yang baik, anda juga harus berwaspada
dengan melakukan langkah pencegahan dari awal untuk elakkan ancaman penyakit
disebabkan obesiti. Walaupun lelaki obesiti kelihatan sihat diluar namun ancaman penyakit yang pelbagai mungkin akan menyerang secara senyap.
Ancaman Penyakit
Obesiti
berlaku disebabkan beberapa faktor. Suasana persekitaran atau gaya hidup sangat
berkait rapat dengan lelaki yang mengalami
obesiti.
Lelaki
yang obesiti akan terdedah kepada beberapa ancaman penyakit seperti berikut:
#1.
Lemah jantung
Lelaki
obesiti apabila melakukan satu aktiviti seperti menaiki tangga ke pejabat akan
termengah-mengah. Ini adalah disebabkan beban kerja jantung yang berlebihan. Ini
kerana peningkatan volume darah yang diperlukan nutrisi dan oksigen dalam
tubuh.
Lelaki
obesiti meningkatkan volume darah sehingga 10-20% bahkan sebahagian pakar
menyatakan mencapai 30%. Peningkatan volume darah bererti beban tambahan bagi
jantung dan otot jantung berubah struktur. Ini mengakibatkan gangguan pam
jantung atau lazimnya disebut gagal fungsi jantung atau lemah jantung.
#2.
Fibrilasi
Ia
juga berkaitan dengan jantung. Lelaki obesiti meningkatkan risiko fibrilasi
atau detak jantung tidak normal. Sepanjang fibrilasi atau berdebar, darah tidak
dipam secara efektif. Kemampuan jantung dalam mengepam berkurang, menjadikan
penghidap berasa lemah, pengsan dan bernafas pendek.
Gejala
yang dialami oleh lelaki obesiti adalah seperti sakit dada, berdebar dan sesak
nafas kerana berlaku kelainan apabila jantung mengepam darah ke otak. Sama ada detak
jantung itu terlalu lemah atau terlalu cepat.
Detak
jantung terlalu lemah menyebabkan jantung gagal mengepam darah ke otak
menyebabkan kekurangan oksigen sehingga penghidap akan berasa pening.
#3.
Timbunan Kolesterol Jahat (LDL).
Lelaki
obesiti terdedah denga risiko meningkatnya kolesterol jahat atau low density
lipoprotein (LDL) serta menurunnya high density lipoprotein (HDL).
LDL adalah lemak jahat kerana menyebabkan kolesterol melekat pada dinding
pembuluh darah.
LDL
mengembang di dalam salur darah yang akhirnya memberi kesan kepada kerosakan
sel-sel jantung dan mengganggu fungsi mengepam darah oleh jantung.
Penimbunan
lemak pada pembuluh darah jantung menyebabkan pembekuan darah dan mengakibatkan
terbentuknya protein-protein yang bersifat jahat.
Akibat
timbunan Kolesterol Jahat (LDL) yang tinggi menyebabkan kadar kolesterol baik
(HDL) menjadi rendah. Ini meningkatkan risiko serangan jantung.
#4.
Tekanan Darah tinggi.
Lebih
berat badan 20% meningkatkan risiko tekanan darah tinggi 8 kali ganda. Sebanyak
46% orang dengan BMI 27 atau obesiti ringan menghidap tekanan darah tinggi.
Tekanan darah tinggi menyebabkan penyakit kronik yang lain seperti jantung,
diabetes, strok dan lain-lain.
#5.
Diabetes Melitus Jenis 2
Diabetes
atau kencing manis juga mengancam lelaki obesiti. Paras gula di dalam darah meningkat disebabkan
kekurangan insulin.
Selain
daripada ancaman penyakit di atas, lelaki obesiti juga berisiko terdedah kepada
ancaman penyakit lain seperti masalah kesuburan, strok, kanser, masalah buah
pinggang dan paru-paru.
Gaya Hidup Sihat.
Sesibuk
mana pun anda sebagai seorang lelaki, anda perlu memastikan tanggungjawab
terhadap tubuh anda dilaksanakan. Pengabaian terhadap gaya hidup yang sihat
memicu kepada berlakunya obesiti.
Pastikan
anda mendapat nutrisi harian yang betul dan sentiasa bersenam.
Mulakan perubahan ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
==============
Jika anda berminat mendapatkan makanan tambahan yang bersumberkan semula jadi sebagai pelengkap nutrisi harian anda, anda boleh menghubungi saya, Pengedar Shaklee Klang dan Shah Alam.
==============
Hafid
Sulaiman
FB
Page: Kesihatan Adalah Anugerah
No comments:
Post a Comment