Thursday, 2 October 2014

Anda Membeli Air Minuman Atau Sampah?

 
Kredit: liputanseadanya
Anda suka mudah dan cepat. Rasa dahaga, singgah ke kedai serbaneka, pergi ke peti sejuk dan dapatkan air minuman sebotol yang harganya mungkin dalam RM1 paling murah untuk 500ml. Mudah bukan. Ada di mana-mana. Selepas minum, anda buang sahaja di dalam tong sampah. Maka jadilah ia sampah yang tidak berguna.. Tapi bila difikirkan kembali, adakah anda sebenarnya telah membeli air minuman atau sampah???

Sampah di Malaysia

Berikut merupakan satu catatan berkenaan dengan sampah di Malaysia:

Secara purata, setiap rakyat Malaysia menghasilkan 0.8kg. sampah setiap hari. Jumlah ini bertambah besar jika mengambil kira individu yang tinggal di bandar. Penghuni kawasan bandar dianggarkan menghasilkan 1.5kg. sampah setiap hari. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2001, 16,247 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari. Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan penghasilan sampah sebanyak 2,955 tan sehari. Ini diikuti dengan Kuala Lumpur (2,634 tan/hari), Johor (2,002 tan/hari), Perak (1,596 tan/hari) dan Kedah (1,383 tan/hari).
        Dipetik daripada IKIM.

Berdasarkan catatan di atas, statistik ini adalah pada tahun 2001. Dan ia meningkat kepada 19,000 tan pada tahun 2005. Terkini jumlah kutipan harian dianggarkan lebih 20,000 tan dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara menjangka ia bertambah kepada 30,000 tan sehari menjelang 2020.

Daripada anggaran 20,000 tan sisa pepejal dibuang setiap hari, 45% adalah sisa makanan, 24% adalah plastik, 7% adalah kertas, 6% adalah bahan logam dan 3% adalah kaca dan lain-lain.

Baca lanjut di Billyinfo.

Jika anda membeli air minuman dan anda membuang botolnya, anda sebenarnya telah menyumbang kepada timbunan sampah tersebut.
Plastik botol yang anda minum itu pula mengambil masa berabad-abad lamanya untuk diuraikan.

Jom kira sebentar


Cuba anda buat perbandingan jika anda membawa botol air sendiri dan mengisinya di Kiosk Penapis Air seperti Dr Sukida.

1 botol air minuman biasa berisi 500ml dengan harga RM1 dan untuk isi yang sama yang dibeli daripada DR Sukida dengan harga 10 Sen. Anda hanya menggunakan bekas plastik yang di bawa daripada rumah. Nilai isi padu yang sama tapi anda terpaksa membayar 90sen lebih untuk membeli air bersama botolnya yang akhirnya botol itu menjadi sampah.

Benar, sebenarnya anda telah membeli 90 sen sampah dan 10 sen air.. Anda boleh berjimat dan boleh hidup tanpa membuat timbunan sampah semakin banyak. Hidup yang mesra alam.

Yang Paling Mudah dan Senang.


Adalah lebih baik dan jimat apabila anda membawa air daripada rumah. Sama ada air yang dimasak atau air yang ditapis. Dan anda boleh membeli pelbagai jenis penapis air yang mempunyai banyak kelebihan tersendiri di pasaran. Anda bebas untuk memilih yang terbaik untuk mewujudkan kehidupan yang harmoni dengan alam semula jadi.

Jika anda terpaksa membeli botol, pastikan anda membuangnya dengan cara terbaik. Remuk dan kitar semula. Dan jika anda seorang yang kreatif, anda boleh menjadikannya sebagai perhiasan atau apa sahaja yang bersifat kreatif dan inovatif. Contohnya di sini. 

Solusinya, bawa air dari rumah dan kurangkan penggunaan atau pembelian botol air minuman di kedai. Anda mampu melakukannya.

Alam semula jadi dan orang yang tersayang pasti akan menghargainya.



=======================

Jika anda memerlukan JAG PENAPIS AIR: GET CLEAN WATER yang boleh di bawa ke mana-mana, saya akan bantu anda untuk memilikinya… KLIK SINI.

Safe, Power, Green, Smart

=======================

Jom wujudkan kehidupan yang harmoni bersama alam semula jadi.

Hafid Sulaiman


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...